MENGEJUTKAN peminat apabila memilih berkahwin pada usia muda, bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya menyifatkan ia keputusan tepat dalam memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.
Syasya atau Noor Syasya Afiqah Shahrizal, 23, memberitahu keutamaannya kini bukan lagi dalam bidang seni sebaliknya mahu menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang psikologi yang tertangguh sebelum ini.
“Ini adalah masa terbaik untuk saya memulakan perjalanan baru dalam hidup. Jika masih ada rezeki dalam nyanyian, makan adalah namun kalau sampai di sini sahaja, saya terima.
Syasya fokus pengajian dan urus rumah tangga selepas berkahwin.
“Saya mahu fokus tamatkan pengajian sebab sebelum ini terlalu sibuk sehingga pelajaran tertangguh,” katanya.
Syasya berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis resepsi meraikan perkahwinannya bersama suami iaitu Nasrullah Mohd Sapie, 23, yang berlangsung di Shah Alam pada malam Sabtu.
Penyanyi itu sebelum ini mengejutkan ramai apabila mengundurkan diri daripada Dolla pada awal April sebelum melangsungkan pernikahan pada 20 April 2024.
Mengulas mengenai pengundurannya, Syasya berterus-terang ia bukan keputusan mudah apatah lagi ketika ini nama Dolla semakin dikenali termasuk peminat di luar negara.
Namun anggota lain Dolla iaitu Sabronzo, Tebby dan Angle menyokong dan menghormati pendiriannya apabila memilih membawa haluan sendiri.
“Memang berat hati sebab kami sangat rapat tapi ini adalah keputusan terbaik. Mereka terima dan menghormati apa yang saya mahukan.
Saya suka kartun Doraemon dan jujur saya memang tertarik dengan suami sebab ramai orang kata wajahnya macam Nobita
SYASYA
PENYANYI
“Saya sudah maklumkan mengenai pengunduran beberapa bulan sebelum membuat pengumuman tersebut.
“Alhamdulillah kami masih berhubung cuma malam ini mereka tidak dapat hadir ke majlis saya. Sebagai seorang yang pernah menganggotai Dolla, saya faham akan tuntutan kerja mereka,” ujarnya.
Bercakap mengenai suami, Syasya mendedahkan hubungan mereka mula terjalin sekitar dua tahun lalu dan pada awalnya merancang untuk melangsungkan pernikahan pada penghujung tahun 2023.
Syasya akui berat hati meninggalkan Dolla.
Bukan hanya keperibadian Nasrullah sahaja memikat hatinya, wajah suaminya yang mirip karakter kartun Nobita turut membuatkan Syasya jatuh cinta.
“Saya suka kartun Doraemon dan jujur saya memang tertarik dengan suami sebab ramai orang kata wajahnya macam Nobita.
“Tapi di sebalik itu keperibadian dan persamaan yang ada di antara kami membuatkan saya tertarik dan selesa dengannya,” kongsinya.
Ditanya mengenai zuriat, Syasya dan suami menyerahkan soal itu pada rezeki.
“Dalam perkahwinan mestilah setiap pasangan ada impian memiliki zuriat. Saya dan suami terima dan bersedia jika ada rezeki,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply