Duit bukan segalanya, anak sulung Anzalna dapat hadiah RM10,000 serta dompet mewah sempena hari jadi ke-5

SETIAP ibu pasti akan melakukan apa sahaja demi melihat anak-anak gembira terutama pada hari lahir mereka.

Sama juga seperti pelakon Anzalna Nasir yang sanggup memenuhi permintaan anak sulungnya iaitu Mohamad Eidrees sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-5 pada 31 Mei lalu.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 36, meminta Eidrees memilih hadiah, wang serta lokasi bagi meraikan ulang tahunnya.

Eidrees terlihat gembira luangkan masa bersama ibunya.

Apa menarik perhatian netizen, kanak-kanak itu memilih wang berjumlah RM10,000 berserta tempat makan dan dompet mewah jenama Versace.

“Selamat hari lahir Eidrees. Selagi ada rezeki segala permintaan anak akan ditunaikan.

“Duit bukan segalanya kalau nak dibandingkan dengan kebahagiaan dan rezeki Eidrees sudah beri pada kami,” tulis Anzalna di ruangan kapsyen.

Eidrees juga terlihat gembira apabila berpeluang meluangkan masa dengan ibunya selain mendapat barang yang diinginkan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cemburu melihat cara Anzalna meraikan ulang tahun anaknya.

Malah mereka juga menganggapkan Eidrees anak bertuah kerana sentiasa dilimpahi kemewahan dan kasih sayang ibu bapanya.

“Pandai pula dia ambil semua yang T20, jackpot!

Anzalna bersama suami dan dua orang anaknya.

“Seronok tengok orang berduit bahagiakan anak. Kalau kita ada duit pun mesti buat macam itu,” antara komen netizen.

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Hanif Zaki pada 2016.

Pasangan ini memiliki dua orang cahaya mata iaitu Eidrees dan Mohamad Emirhan, 2 tahun.

VIDEO

@anzalnanasir

Happy birthday Eidrees. Selagi ada rezeki segala permintaan anak akan ditunaikan.

♬ Thank You for Being You – OctaSounds

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*