Tiada lagi perk0ngsian sed1h, akaun media sosial ibu Zayn Rayyan ‘gh4ib’ daripada radar

PENAHANAN ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin pada Jumaat yang mati dibunuh sudah cukup membuatkan ramai pihak tertanya-tanya.

Kini pengguna media sosial semakin bingung apabila mendapati akaun media sosial milik ibu Zayn Rayyan juga lesap secara tiba-tiba.

Hasil semakan juga mendapati akaun TikTok dan Instagram Ismanira Abdul Manaf, 29, sudah dinyahaktifkan.

Bagaimanapun, akaun Facebook dengan nama pengguna ‘Izz Manaf’ masih lagi wujud namun hantaran terakhir di akaun tersebut adalah pada Februari lalu.

Ismanira sebelum ini begitu aktif berkongsi mengenai anak-anaknya di TikTok dan Instagram termasuklah rantaian hantaran sedih mengenai kematian Zayn Rayyan.

Dalam beberapa posting yang turut dipetik portal hiburan sebelum ini, Ismanira sering meluahkan perasaan rindu terhadap kanak-kanak tersebut selain sering melawat kubur Allahyarham yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor.

Malah dalam hantaran Februari lalu, keluarga ini turut mendapat perhatian pengguna media sosial apabila menyambut hari jadi Zayn Rayyan yang ke-7 di pusara kanak-kanak itu.

Terdahulu, Ismaniza dan suami, Zaim Ikhwan Zahari, 29, direman selama tujuh hari mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi melengkapkan siasatan bermula 1 Jun.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai, selepas dilaporkan hilang di kawasan kediamannya itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*