Tayangan diturunkan secara dr4stik, ‘Sheriff’ g4gal pikat penonton di Indonesia

PERCUBAAN pengarah Syafiq Yusof memikat hati penonton di Indonesia gagal apabila filem Sheriff tidak mendapat sambutan di negara tersebut.

Syafiq, 32, memberitahu tayangan filem tersebut juga sudah diturunkan secara drastik namun dia tetap berfikiran positif.

Jelasnya, peluang tersebut sudah cukup membuka pintu untuk filem dari Malaysia melebarkan sayap ke negara jiran.

“Filem Sheriff tidak mendapat sambutan di Indonesia. Jadi, banyak tayangan telah diturunkan secara drastik.

Syafiq tetap berfikiran terbuka dengan keputusan tersebut.

“Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada CGV Cinemas kerana membuka pintu dan memberi peluang untuk filem Malaysia ditayangkan di sana. Terima Kasih Indonesia,” katanya.

Syafiq berkongsi perkara itu menerusi satu ciapan di aplikasi X miliknya pada malam Jumaat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat kemungkinan cita rasa penonton di Indonesia berbeza berbanding di Malaysia.

“Selera mereka berbeza. Tapi ada juga yang minat filem Malaysia.

“Mungkin selera orang Indonesia bukan genre aksi. Mereka pun banyak terbitkan filem seram dan cinta sahaja.

“Selera mereka mungkin pada genre seram,” tulis netizen.

Untuk rekod, kutipan filem Sheriff setakat ini mencecah RM60.5 juta di Malaysia.

Kutipan tersebut juga meletakkan karya terbitan Skop Production dan Astro Shaw ini sebagai filem tempatan nombor satu tahun 2024.

Sheriff menampilkan barisan pelakon termasuk Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*