Pelakon Sharnaaz Ahmad berpendapat memperoleh keputusan kurang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukanlah satu pengakhiran hidup untuk tidak berjaya.
‘Kalau malas, tak guna’
Pemilik nama lengkap Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, menasihati pelajar yang mendapat keputusan kurang memuaskan dalam SPM agar tidak berputus asa, sebaliknya bangkit dan mengejar kejayaan.
Yang dapat 7D itu kalian (netizen) tak mahu ucap apa-apa ke dekat mereka? Saya salah seorang yang dapat keputusan tidak berapa elok pun dalam SPM.
SPM memang satu peperiksaan yang sangat penting, namun itu bukan pengakhiran tetapi satu permulaan untuk bangkit.
Kepada yang dapat keputusan kurang baik macam saya ini, kuatkan berusaha. Mula dari bawah dan jangan jadi bodoh, jangan jadi pemalas.
Sharnaaz berkongsi mengenai perkara itu ketika melakukan sesi siaran langsung di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, bintang filem Polis Evo ini berkata tidak berguna jika memperoleh keputusan cemerlang namun mempunyai sifat malas dalam diri.
Kalau dapat 700A sekali pun tapi kalau pemalas tidak guna juga. 700A pun kalau bodoh, bodoh juga.
Kalau dapat 7E sekali pun, tetapi pandai berusaha cari duit, insya-Allah berjaya. Betul usaha sangat penting.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Instagram
Leave a Reply