Mohon kerja tapi suka hati tak hadir hari temuduga… Tak maklumkan satu hal, call tak jawab! Wanita persoal sikap budak zaman sekarang

RUNGUTAN majikan tentang sikap anak muda hari ini yang tidak serius dalam dunia pekerjaan sememangnya kerap dibangkitkan di media sosial.

Seorang wanita dikenali sebagai Diyana Mazlan tular di TikTok apabila dia berkongsi tentang sikap pencari kerja yang tidak hadir ke temuduga seperti yang telah dipersetujui tanpa sebarang makluman.

“Kenapa budak-budak zaman sekarang, kebanyakannya bila kita dah aturkan temuduga, korang senyap-senyap tak datang, tak maklumkan awal? Saya bergegas tau datang pejabat, sebab pukul 10.30 ada temuduga.

Calon perlu menepati masa yang dijadualkan untuk sesi temuduga. -Gambar hiasan

“Saya tak nak calon tertunggu-tunggu, walaupun kebanyakan syarikat, kalau macam zaman saya dulu kan, (calon) kena tunggu sampai satu ke dua jam semata-mata nak temuduga.

“Kenapa budak zaman sekarang bila panggil temuduga, tak datang dah satu hal, tak maklumkan pula. Korang buat syarikat tertunggu-tunggu, panggilan tak angkat,” luahnya.

Menurut pemilik perniagaan ‘Barang Dapur Basah’ itu, dia tidak kisah jika calon tidak dapat hadir temuduga sekiranya mereka memaklumkannya lebih awal.

Kenapa budak zaman sekarang bila panggil temuduga? Tak datang dah satu hal, tak maklumkan pula.

DIYANA MAZLAN

“Hanya maklumkan saja saya tak boleh datang hari ni, minta maaf dan sebagainya, tak ada masalah. 50 ke 70 peratus tak datang temuduga dan tak maklumkan.

“Kebanyakan majikan, syarikat dan pihak sumber manusia mengalami masalah ini. Boleh tak saya tahu kenapa ya?

“Orang kata susah cari kerja sekarang kan? Tapi sebenarnya nak cari pekerja pun susah zaman sekarang,” ujarnya lagi.

Perkongsian video wanita itu meraih hampir 40,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa individu turut berkongsi pengalaman mereka berdepan calon temuduga yang berperangai sama.

“Ada yang kita dah panggil temuduga, dia tak datang. Minggu depan tu dia tanya boleh datang lagi tak?

“Budak sekarang banyak macam tu kak. Mereka fikir syarikat yang akan tunggu mereka.

“Saya rasa apa yang awak rasa. Walaupun buat temuduga dalam talian, mereka tak muncul dan tak maklumkan,” ujar netizen.

Masalah sikap generasi muda kerap dibangkitkan di media sosial. -Gambar hiasan

Namun, beberapa individu turut menempelak sikap segelintir majikan yang pernah melakukan perkara sama terhadap calon temuduga.

“Saya ada soalan. Kenapa selepas temuduga, syarikat tak hubungi untuk maklumkan calon yang dia tak berjaya?

“Tapi kenapa dah pergi temuduga, mereka (syarikat) tak beritahu kita berjaya atau tidak? Buat kita tertunggu-tunggu.

“Sebab dulu syarikat yang buat, sekarang calon pula yang buat,” tulis netizen lagi.

@diyanamazlan76

Orang kata susah cari kerja sekarang kan? Tapi sebenarnya nak cari pekerja pun susah zaman sekarang 😖😖. Rush sangat harini sampai muka pn tak sempat siap. Tolonglah kusut dah fikir kenape macam ni eh ? #barangdapurbasah #barangdapurbasahcmo #dendengviral

♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie – arachang

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*