RIMAS dituduh sebagai penyondol rumah tangga, pelakon Shakilla Khoriri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pengguna media sosial yang meninggalkan komen tidak benar tentang dirinya.
Kata Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, apa yang dilakukan ini juga sebagai pengajaran agar tiada lagi mana-mana pihak bercakap buruk tentang dirinya.
“Kadang-kala mereka ini perlukan pengajaran. Biarlah beri mereka popular sikit, mungkin boleh join the club naik court.
Perkongsian yang dimuat naik oleh Shakilla di Instastory miliknya.
“Rimas orang bercakap fasal penyondol tetapi mereka tak tahu cerita. Sebelah pihak sahaja tahu cerita, saya yang jadi mangsa.
“Manusia sebegini kena beri pengajaran supaya otak mereka boleh berfikir secara waras sedikit,” katanya.
Shakilla sebelum itu berkongsi tangkap layar beberapa pengguna media sosial yang telah meninggalkan komen fitnah mengenai dirinya.
Malah pelakon ini juga berang apabila ada yang menggunakan akaun palsu sedangkan tidak berani bersemuka.
“Mereka ini paling tahu kehidupan saya jadi rasanya layak teman saya naik mahkamah untuk beri keterangan. Simpan duit, peguam sekarang mahal.
“Berani tapi bodoh. Kalau nak kecam siapa pun dalam sosial media ini pastikan guna akaun betul. Saya ajak jumpa masing-masing tidak mahu,” ujarnya.
Rimas orang bercakap fasal penyondol tetapi mereka tak tahu cerita.
SHAKILLA KHORIRI
PELAKON
Dalam masa sama Shakilla juga sedia untuk bersemuka dengan mana-mana individu berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut niat sebenar mereka berbuat demikian.
“Saya akan cari dengan bantuan followers saya. Kita nak jumpa dan dengar cerita yang saya tak tahu. Nanti kita jumpa minum kopi.
“Saya hanya jadi diri sendiri tapi orang lain yang tahu cerita saya,” jelasnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Instagram
Leave a Reply