Staf stesen petrol ‘tert1pu’! Sangka gadis minta ajar isi minyak, rupanya memang tak nak buat sendiri… Selesa tunggu dalam kereta

TIADA insan yang sempurna dan arif dalam segala hal dalam dunia ini.

Bagaimanapun, dalam kehidupan ini ada kemahiran yang perlu diketahui dan dikuasai setiap individu terutama yang melibatkan rutin atau urusan harian agar kita tidak menyusahkan orang sekeliling.

Melalui satu perkongsian di laman X, seorang lelaki yang juga pekerja stesen minyak menceritakan pengalaman menjengkelkan ketika bertugas.

Wanita seharusnya belajar hidup dengan berdikari. -Gambar hiasan

Menurut lelaki itu, seorang pelanggan wanita muda masuk ke dalam kedai stesen minyak dan memberitahu tiada staf di bahagian pam untuk mengisi minyak keretanya.

“Semalam ada seorang pelanggan perempuan ni datang ke stesen, umur dia dalam 20-an macam tu. Dia dah bayar untuk minyak tapi dia minta staf tolong isikan.

“Aku pun beritahu yang semua staf luar tengah rehat. Tapi berdasarkan riak wajah perempuan tu apabila aku amati, dia macam nak sangat orang tolong isikan untuk dia.

“Kesian pula aku tengok, maka aku sebagai juruwang ni pun sukarela keluar untuk tolong isikan. Kawan aku dekat sebelah dah jeling, sebab stesen minyak sini konsepnya layan diri, staf tolong isikan tu atas budi bicara.

“Aku syak perempuan ni sebenarnya tak pandai isi minyak, itu yang dia memerlukan sangat untuk orang tolong buatkan. Jadi aku fikir aku boleh bantu ajarkan dia, mudah je pun,” tulis lelaki itu di laman X..

Bagaimanapun, pekerja itu berasa terkejut apabila melihat pelanggan berkenaan hanya duduk di dalam kereta ketika dia membantu mengisi minyak, malah langsung tidak berinteraksi dengannya.

Reaksinya itu sekali gus membuktikan bahawa wanita tersebut bukannya mahu belajar mengisi minyak seperti sangkaan awalnya, sebaliknya tidak mahu mengisinya sendiri.

“Perempuan tu tergamak biarkan aku seorang je isi minyak kereta dia, tak ada pun nak cuba turun tengok ke. Mungkin dia tak sedar yang kita ni stesen minyak kecil, sini kami tiada staf dengan tugasan khusus untuk isikan petrol.

Rasa serba salah apabila saya duduk dalam kereta sementara orang dekat luar susah payah dan berpanas.

WARGA MAYA

“Kalau stesen minyak besar tu lain cerita, sana tenaga kerja ramai. Berbalik pada kejadian, selepas habis isi minyak aku angkat tangan tanda selesai dan perempuan tu terus berlalu pergi.

“Jadi di sini aku tertanya-tanya, adakah perempuan tu memang tak pandai isi minyak atau dia malas sebenarnya?” lelaki itu cuba mencari jawapan.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya berpendapat tindakan wanita itu sebagai kurang ajar.

“Saya kalau pergi stesen minyak dan ada staf nak tolong isikan, saya sanggup berdiri di luar sekali dengan dia. Rasa serba salah apabila saya duduk dalam kereta sementara orang dekat luar susah payah dan berpanas.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

“Rasanya ramai yang belum cakna, tak semua staf stesen minyak dibayar untuk isikan petrol kereta kita, ada kalanya mereka yang baik hati nak tolong.

“Aku rasa macam bodoh sombong kalau waktu orang isi minyak, aku duduk dalam kereta. Macam kita ni orang atasan dan mereka orang bawahan, aku tak suka perasaan macam tu.

“Kalau nak duduk juga dalam kereta waktu orang isikan minyak, sekurang-kurangnya buka la tingkap dan apabila dah selesai, ucap terima kasih,” kata warga maya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*