USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu terpaksa menolak secara baik tawaran banyak pihak yang mahu memberikan dia tempat tinggal susulan dilihat kini hanya tidur di dalam kereta.
Kata Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 46, dia sedang membiasakan diri melalui fasa baharu selepas perceraian dengan dua isteri iaitu Sharifah Norshafila Hashim dan penyanyi Adira Suhaimi.
“Saya cuma nak biasakan diri, perkara ini (cerai) baru berlaku. Ini proses pembelajaran buat saya. Saya selesa tinggal dalam kereta.
Adnan juga kerap mengadakan sesi siaran langsung mempromosi porduk jualan di dalam kereta.
“Banyak DM (direct messege) yang saya terima nak beri tumpang rumah dan tempat tinggal. Bukannya tidak mahu, tetapi saya enggan menyusahkan orang,” katanya.
Adnan berkongsi perkara tersebut dalam sebuah video ringkas yang dimuat naik di laman TikTok miliknya.
Dalam video berkenaan juga dia masih berada di dalam kereta dan kelihatan banyak barang-barang yang disimpan di tempat duduk belakang.
Adnan sebelum ini juga memberitahu dia sudah menyewa sebuah bilik yang juga dijadikan ruang untuk kembali memulakan pernigaan.
Bagaimanapun tempat tersebut kini dalam proses renovasi dan disebabkan itu dia terpaksa tinggal di dalam kereta.
Tambah Adnan, dia juga berharap orang ramai tidak perlu bimbang akan keadaan dirinya.
Adnan reda berpisah dengan kedua-dua isteri.
“Syukur saya masih diberi kesihatan yang baik. Saya selesa begini… jangan risaukan saya,” jelasnya.
Pada Selasa lalu, Adnan menceraikan isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila Hashim.
Sebelum itu, dia melafazkan talak terhadap isteri keduanya, Adira pada 24 April lalu.
VIDEO BERKAITAN
@lobakmerahmy Walaupun sudah bercerai pada 24 April lalu, usahawan Datuk Seri Adnan Abu masih mengekalkan hubungan baiknya dengan bekas isteri keduanya, Adira Suhaimi. Terbaharu, Datuk Red mahu melancarkan produk baharunya namun dia hanya mampu melancarkan jenama minyak wangi sendiri di dalam kereta kerana kekangan kewangan. Bagaimanapun, semasa melayan pengikutnya di ruangan komen, secara tiba-tiba telefonnya berdering dan individu yang menelefonnya adalah Adira. Menurut Datuk Red, Adira meminta dia untuk tidak melakukan sesi live di dalam kereta, sebaliknya memberi keizinan kepadanya untuk menggunakan studio di rumah penyanyi itu. Perkongsian video itu meraih perhatian netizen, rata-ratanya memuji tindakan murni pelantun lagu Ilusi ini. Untuk berita penuh boleh baca di kotak hijau di atas Kredit: TT putehhhx P/s: Video di atas bukan hak milik Lobak Merah dan kami telah meletakkan kredit kepada pemilik video. Sekiranya anda ingin menurunkan sebarang video, Sila DM kami dalam kadar segera. Terima Kasih! Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah! 🧡Terima Kasih! fyp fypシ lobakmerahmy beritaditiktok viralstory trending trendingnewsmalaysia ceritaviral terkini viralupdates storyviral
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply