Penyanyi dan pensohor media sosial, Caprice memaklumkan dia tidak dapat membantu kes Puteri Sarah Liyana seperti yang digesa netizen sebelum ini.
Maklum Caprice, dia serik kerana dikecam hebat sebelum ini apabila menguruskan kes melibatkan artis tempatan.
View this post on Instagram
Minta maaf guys kaunter artis dah tutup. Kalau kes buli, gangguan seksual, jenayah kanak-kanak, scam, kes orang-orang dianiaya, Insyallah kami sentiasa ada untuk siasat, bongkar, ulas dan bantu.
Perkara itu dikongsikan penyanyi rap itu menerusi satu hantaran di Instagram buat tatapan peminat dan pengikut media sosialnya itu.
View this post on Instagram
Malah, Puteri Sarah juga dilihat memberi respon mengenai kenyataan Caprice itu dan mengatakan bahawa dia akan ‘handle’ sendiri kes tersebut memandangkan lelaki bermulut celupar itu senang dicari.
Caprice kemudian dilihat menitipkan pesanan buat Puteri Sarah supaya berhati-hati agar tiada yang ‘melutut’; di mana dia merujuk kepada kes mohon maaf individu menghina anaknya sebelum ini.
Terdahulu, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa kesal dan berang apabila seorang individu menghinanya dengan gelaran yang cukup biadab di aplikasi X.
Sehubungan itu, pelakon itu tampil membidas kenyataan lelaki itu dan didapati akaun media sosial individu itu terus ‘lenyap’ dan tidak dapat ditemui.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Beautifulnaara
Leave a Reply