Rajin jual kopi, Datuk Red mampu bayar hut4ng RM7 juta dalam masa 3 tahun… Dr Samhan nak bantu sampai bebas mufl1s

KISAH usahawan Datuk Seri Adnan Abu yang diisytiharkan muflis kerena dibelenggu hutang sebanyak RM7 juta bukan lagi perkara baharu.

Malah, Adnan atau mesra disapa Datuk Red, 46, tidak kisah menebalkan muka melakukan pelbagai cara untuk menyelesaikan hutang tersebut.

Di sebalik kisah peribadinya yang sentiasa menjadi tumpuan ramai, pempengaruh terkenal, Dr Ahmad Samhan Awang, 38, berkongsi tentang keperibadian Adnan.

Pengamal perubatan dikenali sebagai Dr Samhan itu berkata, Adnan mempunyai karakter yang jujur dan merendah diri, sekali gus personaliti itu disukai ramai.

“Orang suka dia begitu. Dia ada karakter apabila bercakap atau buat live, orang suka tengok live dia,” katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Terpaling Syawal mStar di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Adnan komited untuk menyelesaikan hutangnya.

Dr Samhan yang menguruskan 10 klinik, termasuk memiliki lima daripadanya memberitahu Adnan merupakan rakan duta bagi produk kopi formulasi kesihatan khusus untuk lelaki.

Menerusi penglibatan peguam dan kerjasama usahawan Datuk Dr Wira Azizan Osman, pihaknya berusaha membantu Adnan menyelesaikan hutangnya itu dengan memulakan perniagaan.

“Kita bagi komisen yang tinggi pada dia berbanding buat affiliate atau menjadi ejen. Kita menjangkakan dalam tempoh tiga tahun ni, dia dapat selesaikan hutang dia sebanyak RM7 juta.

“Kita nak jadikan dia sebagai inspirasi kepada orang lain yang pernah jatuh, rugi atau muflis. Apabila kita bantu, dia akan beri inspirasi kepada masyarakat bahawa hidup ini bukan selamanya berada di bawah.

“Ia akan menjadi penanda aras bahawa orang seperti dia mampu kembali berjaya daripada sebelum ini,” ujar pengamal perubatan itu.

Jelas Dr Samhan, produk hasil formalisasi beliau itu adalah gabungan tiga herba iaitu Ubi Jaga, Guarana dan Tongkat Ali, antara lain berfungsi membantu melancarkan peredaran darah dan menjadikan badan lebih bertenaga.

Kerjasama antara Dr Samhan (kiri), Dr Azizan (tengah) bersama Adnan.

Mengulas lanjut, Dr Samhan yang berpengalaman selama tujuh tahun dalam bidang perubatan memberitahu, penglibatan Adnan juga mahu menunjukkan bahawa lelaki perlu kuat meskipun pada waktu atau situasi tertentu mereka juga lemah.

“Sewaktu video mengenai kisah dia keluar sebelum ini, dia terpaksa buang ego sebab dia tahu nak cari kerja je.

Dia bersungguh-sungguh nak bayar hutang orang sebab dia tak mahu digelar sebagai scammer.

DR AHMAD SAMHAN

PENGAMAL PERUBATAN / PEMPENGARUH

“Tak mudah sebenarnya bagi lelaki nak buang ego. Jadi, kita melihat ia merupakan salah satu perkara di mana orang lelaki ada sisi yang lain.

“Seorang manusia biasa pasti ada kelemahan, tapi pada masa sama dia juga perlu kuat,” katanya.

Sejak berkolaborasi dengan Adnan bermula kira-kira tiga minggu lalu, Dr Samhan kagum dengan komitmen yang ditunjukkan Adnan.

Dr Samhan (kanan) bersama isteri hadir ke majlis rumah terbuka mStar. -Foto SHAARI CHEMAT

Jelasnya lagi, komitmen tersebut sekali gus menunjukkan apabila seseorang itu berada dalam tekanan atau beban hutang, dia sebenarnya mampu menjadi lebih komited.

“Dia bersungguh-sungguh nak bayar hutang orang sebab dia tak mahu digelar sebagai scammer.

“Mungkin orang nampak dia humble dan jujur. Apa yang saya juga nampak adalah dia komited dan memang mahu bayar hutang,” katanya lagi.

Adnan pada Jumaat membuat bayaran pertama sebanyak RM30,000 kepada Jabatan Insolvensi, yang mana jumlah itu merupakan hasil keuntungan menjual produk kopi kesihatan milik Dr Samhan.

Pada 26 Mac lalu, Adnan ketika bercakap secara eksklusif kepada mStar mendedahkan dia diisytihar muflis sejak 2019 dan sudah tidak bekerja sejak lima tahun lepas.

Pada 24 April lalu, Adnan dan penyanyi, Adira Suhaimi sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di Rawang, Selangor.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*