Baru-baru ini, Misya Mazlan sempat memberi respon mengenai hubungan mesra suaminya, Mohd Aslam bersama isteri keduanya, Marissa Dania yang juga merupakan anak kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim.
‘Turn dia kan, dia gelak lah’
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, kelihatan Misya atau nama lengkapnya Umisya Mazlan sedang membuat tutorial tudung yang dijualnya namun beberapa netizen sempat berkongsi cerita memberitahu Misya tentang kemesraan Aslam dan Marissa.
Gelak-gelak happy tu biasalah tu. Turn dia kan, dia gelak lah, suka lah dia. Korang ni bagi lah dia gelak. Misya dah 4 tahun dah bergelak ketawa dengan Aslam tu. Bagi lah dia gelak kejap.
Malah tidak kurang juga ada di antara mereka akui kurang senang dan meluat melihat Marissa yang bergelak ketawa dan bahagia dengan rumah tangga yang dibina walaupun hubungan itu terjalin atas penderitaan wanita lain.
Tak baik tau korang. Sebenarnya kitorang pun geli juga cuma kitorang tak komen.
Apabila diajukan soalan tentang perancangan pernikahan Aslam dan Marissa di Thailand, Misya meminta netizen bertanyakan hal itu kepada tuan badan kerana mereka lebih tahu apa yang terjadi.
Alang-alang MD (Marissa Dania) tengah bergelak ketawa tu, cuba tanya dia macam mana perancangan nikah tu.
Dalam pada itu, Misya akui dia kini sudah menerima segala ketentuan dan takdir yang tertulis untuk dirinya.
Kita sendiri pilih untuk stay, jadi buat apa kita nak marah. Cumanya bila perli-perli tu, faham-faham lah. Mungkin ada sebab. Benda dah setahun berlalu, Misya dah hadam dah. Terima je.
Video
@safespacemuslimah Bila nak buat tutorial shawl tapi netizen ajak misya membawang be like… 😂
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : TikTok
Leave a Reply