“Seri Tak Naik, Mungkin Solekan..” – Afifah Nasir Terlihat Pucat Semasa Sanding, Netizen Dakwa Tiada Seri Pengantin

Baru-baru ini, pelakon Afifah Nasir telah berjaya bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang bernama Syed Hariz. Namun begitu, aktres ini menjadi tumpuan apabila ramai yang menyatakan aktres ini tiada ‘seri pengantin’ ketika bersanding pada Ahad lalu.

Tiada seri wajah

Perkara tersebut dikatakan oleh netizen melalui ruangan komen di video yang dimuat naik oleh fanpage pelakon itu di TikTok. Dalam video berkenaan, Afifah terlihat anggun mengayakan gaun putih bersama solekan yang natural ketika majlis sandingnya.

Meskipun begitu, ada segelintir pengguna TikTok yang berkata wajah Afifah tidak berseri seperti pengantin-pengantin lain pada hari istimewa mereka.

Kenapa aku tengok banyak kali tak ada aura nampak macam seri pengantin.

Masa Anzalna jadi pengantin dulu seri dan auranya tak puas mata memandang.

Dah biasa makeup tu tak ada seri kot, tak pun tukang makeup tu tak berapa pandai sangat nak makeup..

Netizen anggap salah pilihan makeup

Sementara itu, ada juga sesetengah netizen yang tampil menyebelahi aktres ini. Kata mereka, mungkin ketika itu Afifah berasa penat setelah seharian menjadi pengantin.

Di samping itu, ada juga yang berkata pemilihan gaya rambut dan solekan menjadi sebab orang ramai melihat tiada seri di wajah Afifah.

Muka dia nampak macam penat je, sebenarnya dia cantik sangat. Mungkin solekan tu nampak pucat..

Kenapa rambut tak biarkan terurai, Afifah cantik bila rambut terurai

Seri tak naik, mungkin makeup tak kena..

 

VIDEO

@alucatlwbja

Alhamdulillah #afifahsyed

♬ A Thousand Years (Instrumental Version) – The O’Neill Brothers Group

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Tiktok

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*