Ambil foto bersama Che Ta, netizen terkejut tengok wajah sebenar Fathia Latiff “filter apa dia guna?”

Wajah pelakon sensasi, Fathia Latiff mencuri perhatian netizen apabila memuat naik foto bersama pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan.

Muka nampak tua daripada usia

Menerusi hantaran di Instagram, Fathia, 36, dilihat menghadiri majlis rumah terbuka kenalan yang turut dihadiri Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta.

Di dalam foto tersebut, kelihatan mereka berdua memberikan reaksi terkejut memandang sesama sendiri.

Kakak kita punya open house.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa wajah Fathia jauh lebih tua daripada usianya dan membandingkan Che Ta yang kelihatan lebih muda.

Nampak Che Ta lebih muda daripada Fathia, muka Che Ta dari tepi macam Izara Aishah.

Che Ta lagi muda dari Fathia.

Ingat kan makcik mana tadi, nasib baik tengok nickname.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*