Pelakon Azhan Rani memuji sikap mulia pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang gemar memberi bantuan kepada golongan memerlukan tanpa mengira masa.
Bagaimanapun baru-baru ini Azhan Rani meluahkan rasa kes4l apabila misi bantuan Ebit Lew di Semporna, Sabah terpaksa dihentikan.
Menerusi akaun Instagramnya, Azhan meluahkan perasaannya mengenai hal tersebut.Posting tersebut disertakan dengan keratan berita Astro Awani bertajuk “Ebit Lew Dakwa Akan Dipenjara 3 Tahun Sekiranya Teruskan Bantuan Di Sabah”.
“Tak nak cakap banyak. Tak boleh tipu aku kecewa, marah dan geram dengan berita ni. Tak pernah dia gagal menginsafkan aku akan erti budi dan kemuliaannya.
“Tanpa gelar dan pangkat jasa baktinya tak pernah henti buat insan yang terpinggir kesan birokasi, n4fsu politik, dan m4buk puji-puji manusia. Andai boleh ku gelar idola. beliau adalah UEL,” tulisnya.
View this post on Instagram
Sebelum ini, penyanyi rap Caprice juga turut meluahkan kekes4lan dengan apa yang berlaku ke atas pendakwah tersebut.Terdahulu, Ebit dalam hantaran di Facebooknya mendakwa, beliau terpaksa menghentikan misi bantuan kerana tidak dibenarkan melawat ke pulau-pulau sekitar Semporna.
Beliau yang terkenal dengan sifat dermawannya mendakwa boleh dikenakan hukvman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun jika niat berkenaan diteruskan.
Sementara itu menurut laporan Awani, Polis tidak menghalang sebarang penganjuran aktiviti kebajikan anjuran sukarelawan termasuk misi bantuan yang dilakukan pendakwah bebas, Ebit Lew.
Bagaimanapun, kesemua sukarelawan itu digalakkan untuk merujuk dengan pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu atas faktor keselamatan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : https://gempak.com/
Leave a Reply