Seluruh rakyat Malaysia semalam berduka cita apabila dikejutkan dengan berita insiden nahas melibatkan dua helikopter yang bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut.
Tragedi menyayat hati
Dilaporkan 10 orang anggota telah meninggal dunia apabila aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu berlanggar sesama sendiri ketika menjalani latihan sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu ini.
Namun begitu, ada juga segelintir individu yang tidak sensitif dengan kejadian ngeri dan menyayat hati itu apabila mereka dirakam meremehkan dan menghina perajurit yang terkorban di media sosial.
Komen menghina dan tiada ihsan
Seperti seorang individu ini, dia bertindak meninggalkan komen berbaur penghinaan dan tiada belas ihsan terhadap mangsa-mangsa yang terkorban.
Original tweet was “baru raptai dah mampos tak sempat nak perang”
Kalau suruh pakar bahasa dan sasterawan kaji pun tak jumpa isi tersirat tersurat ko ni nyahhh https://t.co/1sbXzWzXQp pic.twitter.com/41gtY9ED5h
— Sofea Luv Amotti 🍉 (@sofeachipscake) April 23, 2024
Baru raptai dah m**pos, tak sempat nak perang.
Berikutan hantaran komen itu, lelaki berkenaan kemudiannya dikecam hebat dan tampil membuat permohonan maaf namun tidak dapat diterima netizen di media sosial.
Netizen juga menggesa pihak berkuasa dan juga MCMC untuk tampil ‘memburu’ lelaki itu berhubung komen negatif yang ditinggalkannya di media sosial.
Sebelum ini, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, identiti 10 kru yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM pada Selasa telah dikenal pasti.
Menurutnya, mangsa terdiri daripada tujuh lelaki dan tiga wanita merupakan anggota dari Pangkalan TLDM Lumut dan Kota Kinabalu.
VIDEO TERDAHULU
@501awani Dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa. Difahamkan dua helikopter terbabit sedang membuat raptai sempena Hari Terbuka Armada TLDM yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Mei depan di Pangkalan TLDM Lumut. AWANInews
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Beautifulnaara
Leave a Reply