Kapsyen yang ditulis oleh isteri kepada penyanyi Noh Salleh, Athira Musa pada foto hari raya mereka telah mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Netizen ucap tahniah!
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, Athira berkongsi beberapa keping gambar yang diambil bersama suami pada 1 Syawal lalu.
Pada hantaran itu, Noh mengenakan baju Melayu berona putih lengkap bersamping dan bersongkok, manakala isterinya menggayakan baju berona krim.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah kapsyen yang ditulis Athira iaitu ‘Aidil-fit-three’.
‘Three’ yang ditulis membawa maksud tiga sekali gus menimbulkan tanda tanya adakah pasangan itu seakan memberi bayangan mereka menyambut raya ‘bertiga’.
Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas membuat andaian dengan mengatakan Athira memberi ‘hint’ dirinya sedang berbadan dua. Hal itu sekali gus membawa kepada ucapan tahiah yang dikirimkan orang ramai.
Imbas kembali, Noh selamat bernikah dengan Fatin Athirah Mustapa atau Athira yang juga seorang peguam, pada 23 September 2023.
Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos tahun lalu. Mereka juga ada mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Musa.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Instagram
Leave a Reply