Hilang Sumber Pendapatan Akibat PKP, Luahan Pelumba Moto2 Negara Terpaksa Cari Rezeki Kerja Kilang

” Kosong tanpa ada pendapatan tetap membuatkan saya perlu mencari jalan untuk mendapatkan sumber kewangan.”

Itu luahan bekas pelumba Moto2 negara, Azlan Shah Kamaruzaman yang hilang sumber pendapatan utama sebagai pelumba berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),  mendorong beliau melakukan apa saja kerja bagi meneruskan kehidupan.

Umum maklum sektor sukan di negara ini masih lagi tidak dibenarkan dianjurkan, sekali gus menyebabkan pendapatan pelumba Cub Prix negara terjejas sepenuhnya selepas kalendar perlumbaan untuk tahun ini semakin kelam kesan daripada pndemik COV1D-l9.

Hingga kini belum ada sebarang makluman bilakah tirai perlumbaan Cub Prix akan bermula dengan kontraknya bersama pasukan Onexox TKKR juga masih belum ditandatangani. Atas sebab itu, Azlan tidak memilih kerja dan dia akan melakukan apa saja kerana ada perut yang perlu diisi.

Kedai makanan ayam penyet yang diusahakan bersama isteri dan keluarga juga terpaksa ditutup kerana beberapa masalah antaranya tidak cukup kakitangan selepas pekerjanya menghilangkan diri menyebabkan juara Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 itu terpaksa mengubah haluan dengan bekerja sambilan di sebuah kilang minuman bersama-sama seorang lagi pelumba, Ramdan Rosli.

Nama Azlan dalam kalangan pesaing Cub Prix di negara ini memang tidak asing lagi dan hingga sekarang dia masih seorang pelumba yang dominan dalam persaingan kejuaraan CP130, namun akhirnya terpaksa akur akan tuntutan hidup.

Dia yang berpengalaman tiga tahun beraksi di Moto2 bersama Honda berkata, akan melakukan apa saja kerja ketika ini selepas sumber pendapatan terjejas teruk berikutan tidak dibenarkan berlumba.

” Selagi mampu saya akan berusaha. Nak harapkan kerajaan, susah nak cakap. Kami bukan dianggap atlet pun yang boleh mengharapkan bantuan kerajaan.

” Kami akan kekal dilabel sebagai ‘mat moto’. Untuk atlet yang dapat bantuan perlulah mereka yang wakil negara ke Sukan Sea atau temasya lain.

” Saya memang tidak pernah meminta bantuan, sebab dah tahu jawapan yang akan diberikan ‘mereka’.

” Kalau benarlah ‘mereka’ prihatin atas nasib kami, pelumba motosikal ini pasti ada pihak yang bertanyakan akan perihal kami dalam keadaan seperti sekarang ini,” katanya yang bergantung sepenuhnya pendapatan dengan perlumbaan Cub Prix.

Berpengalaman dalam dunia permotoran selama 17 tahun, Azlan amat berharap Kementerian Belia dan Sukan memandang serius isu kebajikan pelumba negara.

” Selama ini pun pelumba motor negara setakat buat luahan hati saja. Kemudian retweet saja. Itu sajalah yang kami dapat.

” Jadi saya harap sangat kerajaan buka mata lihat kehadiran kami sebagai pelumba atau atlet yang juga mengharumkan nama negara,” katanya.

Sumber : Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.asiakini.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*