H4ngus semua 15 batang! Sekeluarga kempunan makan lemang, si tukang b4kar c4but lari p0cong serg4h di malam raya

PERISTIWA Hari Raya Aidilfitri yang disambut secara ‘mengejut’ pada 2022 masih segar dalam ingatan Faisal atau senang disapa Pokde ini.

Mana tidaknya, sejurus pengumuman dibuat menandakan esoknya raya, maka kelam kabutlah semua orang melakukan persiapan.

Menjadi tradisi biasa setiap tahun, Pokde menyediakan lemang sendirian kerana tidak mahu rasa lemang hasil air tangannya ‘lari’ jika disediakan beramai-ramai.

Pada malam tersebut, Pokde yang merupakan anak kedua dalam keluarga berjaga sendirian membakar 15 batang lemang di belakang rumahnya.

Sambil mencangkung melihat lemangnya dibakar, timbul rasa teruja menanti lemangnya siap dibakar dianggarkan sekitar pukul 3 pagi nanti.

Ketika lelaki itu termenung melihat unggun api, tiba-tiba terdengar sayup bunyi seperti burung hantu memecahkan kesunyian malam pada pukul 2 pagi.

Pokde sedang membakar lemang sebelum berdepan gangguan. -Foto Facebook

Lama kelamaan bunyi tersebut semakin kuat seolah-olah menghampiri Pokde yang bersendirian memandangkan semua ahli keluarga sudah tidur.

Perasaannya mula berubah menjadi tidak tenteram sambil menoleh kiri dan kanan dalam keadaan tidak tentu arah.

Tiba-tiba bulu romanya berdiri tegak dan merasakan dirinya sedang diperhatikan dari belakang.

Dia kemudian memberanikan diri menoleh ke belakang di mana terletaknya reban ayam usang.

Ketika itulah Pokde terlihat kelibat ‘bungkusan’ kain putih dipercayai pocong sedang memerhatinya dari belakang reban.

Kurang percaya dengan apa yang dilihat, dia menyuluh dengan lampu suluh kecil tepat pada wajah entiti tersebut yang mana jelas dapat dilihat wajahnya yang buruk.

“Mak! Pocong!” jerit Pokde bingkas bangun dari tempat duduknya.

Pocong tersebut berada di belakang reban ayam usang Pokde. -Foto Facebook

Tanpa berfikir panjang, Pokde terus berlari bagaikan tidak cukup tanah untuk masuk ke dalam rumah.

Sejurus tiba di rumah, Pokde terus berlari ke bilik lalu menyelubung dirinya di dalam selimut.

Kejadian yang berlaku pada malam itu hanya diceritakan pada pagi raya memandangkan ahli keluarganya hairan melihat lemang-lemang dibakar sudah hangus dibiarkan.

Malah, Pokde tidak dapat meraikan Aidilfitri memandangkan dia mengalami demam panas akibat terkejut disergah oleh pocong tersebut.

Sejak kejadian menyeramkan itu, dia serik untuk membakar lemang sendirian sebaliknya meminta adik-beradiknya membantu secara bergilir-gilir.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*