Kak KM Teringat Arw4h Ayah Menjelang Hari Raya – ’14 Tahun Papa Pergi Meningg4lkan Kami Buat Selama-Lamanya’

Bersempena hari raya pertama, salah satu portal hiburan sempat menemu bual usahawan kontroversi Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM mengenai aktivitinya sepanjang hari ini.

Ingat arwah papa

Menurut Kak KM, persiapan untuk hari raya sudah dilakukan olehnya sejak awal lagi. Meskipun pernah berdepan kejadian rumah dipecah masuk pada 4 Mac yang lalu, Kak KM berkata, kehidupannya dan keluarga haruslah diteruskan lebih-lebih lagi di hari yang mulia ini.

Tahun ini saya dah sedia lapan pasang baju untuk saya dan anak-anak. Semua saya siapkan sejak awal lagi. Raya pertama macam biasa, kami akan berkumpul adik beradik dan anak menakan di rumah mak di Gombak. Raya kedua baru kami akan balik Perlis iaitu kampung sebelah ayah.

Disoal mengenai momen yang tidak pernah dilupakan semasa hari raya, Kak KM memberitahu dia teringat arwah bapanya.

Saya ingat dekat arwah papa. Dah 14 tahun arwah meninggal dunia dan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Bila tiada dia tu memang kami terasa sangat. Kami akan ziarah kubur arwah.

Bercakap pula mengenai rutin hari raya, Kak KM dan adik beradiknya akan mula berkumpul di rumah mak mereka pada malam raya untuk tujuan memasak.

Malam raya kami dah kumpul ramai-ramai sebab nak masak. Apabila pagi raya, kami akan bermaaf-maafan dan makan.

Di akhir temu bual, sempat bertanya kepada Kak KM adakah dia selesa menerima tetamu ataupun tidak semasa hari perayaan.

Jelas Kak KM, buat masa ini dia tolak dan tidak percaya sesiapa melainkan adik beradiknya sahaja.

Selepas kejadian itu saya trauma. Ada yang menangis nak jumpa saya sebelum ini. Siap bagitahu staf saya. Sampai staf telefon saya tanya nak jumpa atau tak. Saya tolak buat masa ini sebab tak percaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*