“Tengoklah Kalau Aku Ada Mood Tengok Muka Kau”- Ditanya Tentang Raya Bersama, Ini Respon Datuk Red Kepada Datin

Isteri pertama kepada Datuk Red iaitu Syarifah Nor Shafila atau lebih dikenali sebagai Datin Red menjawab beberapa soalan daripada pengikutnya di Instagram.

Sudah tentu ramai yang bertanya tentang dirinya, Datuk Red mahu pun madunya, Adira namun salah satu soalan diajukan seorang individu mencuri perhatian.

Beraya dengan Datuk Red tak?

Menerusi Instagram story, Datin Red berkongsi salah satu soalan tentang sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang dan individu tersebut bertanya sama ada dia akan menyambutnya dengan Datuk Red.

Tadi baru je saya tanya (kepada Datuk Red). Raya pertama balik sini ke? Dia jawab tengoklah kalau aku ada mood tengok muka kau.

Tak jealous video mesra Datuk Red dan Adira

Dalam pada itu, Datin Red turut mengakui tidak berasa cemburu melihat kemesraan suami dan madunya di media sosial malah tidak suka jika mereka berdua bercerai.

Kalau saya jealous tentu video mereka saya tidak benarkan masuk dalam media sosial. Tentu saya dan meroyan atau suruh padam.

Bukan itu sahaja, Datin Red turut akui gembira jika pengakhirannya suami dan madunya tidak jadi bercerai kerana dia tidak boleh melihat Datuk Red bersedih.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*