Tak boleh lihat wajah comel anak, cuma boleh rasa dengan tangan… Pemuda dapat peng4jaran selepas perhati pasangan OKU

JAUH perjalanan, luas pemandangan.

Tidak hairanlah mengapa kita digalakkan merantau jika berkemampuan kerana ia dapat membuka minda dan perspektif baharu di luar kepompong sendiri.

Melalui satu video tular di laman TikTok, seorang pemuda memperoleh pengajaran berharga ketika dalam perjalanan untuk menunaikan solat tarawih di Masjid Sultan Abdullah, Kuala Lumpur.

Ruang dalam Masjid Sultan Abdullah.

Menurutnya, pada bulan Ramadan tahun ini dia berazam untuk pergi ke masjid berbeza-beza di sekitar Lembang Klang dengan menggunakan pengangkutan awam.

“Aku ketika itu di stesen Transit Aliran Massa (MRT) Hang Tuah, tiba-tiba ternampak satu pasangan suami isteri ini yang istimewa. Berguguran air mata jantan aku lihat mereka. Kenapa?

“Sebab kedua-dua mereka merupakan orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah penglihatan. Yang membuatkan aku terharu dan rasa rendah diri apabila aku nampak mereka mempunyai anak kecil lelaki.

“Aku pun cuba dekati mereka, berniat dalam hati ni nak bantu apa yang boleh. Rupanya mereka mahu naik MRT ke Jalan Tun Sambathan untuk berbuka puasa dengan kawan.

“Cahaya mata mereka nampak sempurna tanpa ada cacat cela, aku doakan dalam hati ni agar anak itu apabila sudah dewasa nanti boleh menjadi pelindung kepada ibu bapanya, serta soleh dan bijak,” ujar pemuda itu besar harapan.

Lelaki tersebut kemudian membantu pasangan OKU dan anaknya untuk tiba ke destinasi yang ingin dituju.

Entah-entah mak ayahnya tak dapat tengok pun muka si kecil mereka, cuma dapat rasa. Sebab tu si ayah asyik cium je muka anak.

WARGA MAYA

“Aku pimpin mereka dari stesen Hang Tuah untuk tukar stesen supaya mudah mereka sampai ke Jalan Tun Sambathan. Dah la ketika itu waktu puncak, semua orang tengah terkejar-kejar.

“Sementara pasangan suami isteri tu pula santai halakan tongkat sambil bersembang antara mereka berdua. Di sinilah saya katakan kebahagiaan tu kita yang tetapkan.

“Orang lain mungkin nampak pasangan itu sebagai kekurangan, tapi mereka gembira sahaja dengan apa yang dikurniakan,” ujarnya menutup bicara.

Sebahagian komen warga maya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya tersentuh hati dan berkongsi pengalaman mereka bersama golongan OKU.

“Saya juga pernah terserempak pasangan OKU yang cacat penglihatan, mereka ada seorang anak yang umurnya sekitar 8 tahun. Dia yang tolong pimpin ibu bapanya. Saya dah menangis bersendirian waktu tu lihat dari jauh.

“Sebenarnya bukan rezeki yang kurang tapi kita yang tidak pandai bersyukur. Nasihat terbaik untuk diri apabila diuji, lihatlah orang yang lebih ujiannya.

“Comelnya adik tu, entah-entah mak ayahnya tak dapat tengok pun muka si kecil mereka, cuma dapat rasa. Sebab tu si ayah asyik cium je muka anak. Remuk rasa hati ni apabila memikirkan realiti sedemikian,” kata warga maya

VIDEO

@lookiy7

Gugur air mata jantan aku, allah hadirkan satu lesson learn buat aku. lihat sosok suami isteri yg oku cacat penglihatan naik lrt nak ke Tun Sambathan buka puasa dgn kawan katanya. Tapi baby tu sempurna semoga besar nanti jadi pelindung utk ibu bapa nya. 😢 jadi bijak dan soleh. Bahagia yg kita cari ikut cara kita. Masjid hunting harini kita ke Masjid Sultan Abdullah. Masjid yg cantik tapi sekililing belum siap lagi masjid nya kecil tapi indah tiada aircond hanya pakai kipas sahaja. Nak dapat makanan kena datang awal kawasan situ kawasan construction ada orang islam dari tapak situ datang kongsi rezeki dgn diorang. Terima kasih @Rapid KL sebab provide service yg baik utk oku dan senior citizen biarpon admin selalu galau. 🫰🏻 #ramadan2024 #lailatulqadar #masjidhunting #masjidhopping #fyp #fypシ

♬ takkan hilang budi doremi – Bomaxxx

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*