KETIKA umat Islam mula bersiap-siap menyambut Aidilfitri setelah sebulan berpuasa, ada juga yang sedang merancang majlis bahagia termasuk majlis pertunangan mahupun perkahwinan.
Ini kerana sudah menjadi kebiasaan untuk kita menggunakan cuti sempena perayaan bagi melangsung acara istimewa seperti itu.
Namun bagi seorang gadis, rancangannya untuk mengikat tali pertunangan bersama teman lelaki selepas Hari Raya Aidilfitri nanti nampaknya tidak kesampaian.
Rancangan asal mahu bertunang selepas Aidilfitri. -Gambar hiasan
“Sebelum ni saya dengan ex (bekas teman lelaki) rancang untuk bertunang selepas raya. Kebelakangan ni dia selalu cakap yang dia nak berubah dan jadi lebih baik sebab dia sayangkan saya dan betul serius nak jadikan saya isteri.
“Tapi satu hari tu dia beritahu pernah main satu aplikasi dating selama dua tahun sebelum dia kenal dengan saya dan dah lama padam aplikasi tersebut,” katanya memulakan cerita.
Namun dek kerana sifat ingin tahu yang menyelubungi diri mengenai kegiatan lama kekasihnya itu, dia nekad untuk membuat semakan.
“Saya minta kebenaran dia untuk buka aplikasi tu. Dia bagi kata laluan dan minta saya supaya jangan judge masa lalu dia,” ujarnya.
Namun lain pula yang berlaku apabila gadis itu mengakui pandangannya terhadap teman lelakinya selepas memeriksa aplikasi tersebut ternyata berubah 180 darjah.
Menurutnya, dia terkejut apabila mendapati terdapat ratusan mesej antara bekas kekasihnya dengan ramai wanita yang berbeza.
Tidak dapat menahan kesedihan di atas apa yang berlaku. -Gambar hiasan
Lebih mengejutkan apabila kesemua mesej dan perbualan berbaur seks sehingga turut berani berkongsi gambar lucah seperti alat sulit.
“Kebanyakan chat menunjukkan dia yang banyak mengajak perempuan-perempuan dalam aplikasi ni untuk buat benda jijik.
“Siap tanya… awak okay tak sembang-sembang l8 tahun ke atas. Daripada situ juga saya dapat tahu dia pernah buat benda tu melalui panggilan seks.
“Lepas je kantoi, dia meraung menangis minta maaf atas khilaf yang dia buat dua tahun lepas. Itu masa lalu yang mengaibkan katanya,” kata gadis itu mengimbas kembali apa yang berlaku.
Setiap orang ada masa lalu dan tak sempurna.
NETIZEN
Walaupun permohonan maaf sudah dibuat dan bekas kekasihnya itu berjanji mahu berubah, gadis berkenaan bagaimanapun akur dia tidak mampu untuk meneruskan hubungan mereka.
“Saya tak boleh tipu hati sendiri dan buat keputusan untuk putus tanpa dengar sebarang penjelasan daripada dia. Sejujurnya dia memang lelaki yang baik.
“Bab duit tak pernah lokek, selalu beri nasihat dan pendengar yang baik. Apa yang saya suruh dan nak dia selalu usaha buat.
“Dia juga bukan jenis main media sosial. Saya terlalu buntu sekarang. Patut ke bagi peluang? Atau patut ke saya teruskan keputusan untuk buat haluan masing-masing?” luahnya lagi menerusi satu luahan di Facebook.
Majlis pertunangan terpaksa dibatalkan disebabkan kisah silam teman lelaki. -Gambar hiasan
Perasaan dilema gadis itu mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di ruangan komen yang menasihatinya supaya tidak terburu-buru membuat keputusan.
“Masa lalu dia tak ada kena-mengena dengan kau. Kau tak ada hak pun nak cakap atau intai masa lalu dia. Kalau sekarang dia kata dia nak berubah dan berani mengaku hal silam kat kau, dia la yang terbaik.
“Selain dia perlu berubah, cik juga kena fikir sama ada perkara ini akan menghantui cik selepas ini atau tidak. Kebanyakan orang memaafkan boleh, tapi melupakan, tidak.
“Kalau tak dapat terima masa lalu dia, putuskan jelah. Daripada awak penatkan diri fikir, biar orang lain terima masa lalu dia.
“Awak move on dan cari yang lain. Tapi itulah, setiap orang ada masa lalu dan tak sempurna. Pendek cerita awak solat istikharah dulu,” demikian antara komen netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply