Sedia maklum, ketika ini umat Islam sedang memastikan persiapan untuk Hari Raya Aidilfitri mereka sempurna susulan bakal menyambut perayaan tersebut tidak lama lagi.
Biarpun memberi duit raya kepada tetamu tidaklah wajib, tetapi ada juga segilintir anak muda yang baru bekerja meluahkan rasa bimbang mengenai hal itu dan berasa kurang senang untuk beraya kerana memikirkan tentang duit raya.
Sebagai pakar kewangan, Azam Zubir telah berkongsikan tips yang berguna buat anak muda baru bekerja yang mahu memberi duit raya agar tidak membebankan diri sendiri.
1. Tetapkan bajet
Tips pertama yang boleh membantu ‘first timer’ adalah menetapkan bajet yang ingin dikeluarkan untuk diberi sebagai duit raya ketika menyambut perayaan Aidilfitri.
Paling penting, korang kena mulakan bajet tersebut kepada keluarga terdekat dahulu seperti anak-anak sendiri, ibu bapa, adik-beradik dan anak buah.
2. Guna pelbagai sampul yang berbeza
Selain itu, pastikan duit raya yang hendak diberi dimasukkan mengguna pelbagai sampul-sampul yang berbeza, sama ada dari segi warna ataupun corak.
Tips ini bagi memudahkan ‘first timer’ untuk membezakan jumlah duit raya yang hendak diagihkan kepada individu-individu tertentu termasuklah ibu bapa sendiri.
3. Niat/tujuan beri duit raya
Paling penting! Korang perlulah ketahui niat serta tujuan utama memberi duit raya kepada keluarga.
Ketika memberi duit raya, ikhlas merupakan satu perkara yang amat penting kerana pemberian duit raya pada bulan Syawal ini merupakan satu amal jariah sebagai seorang Muslim.
Tips-tips yang dikongsikan ini merupakan salah satu cara untuk elakkan anak muda yang baru pertama kali hendak beri duit raya menjadi ‘pokai’ selepas perayaan Aidilfitri.
Semoga berguna untuk semua!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Beautifulnaara
Leave a Reply