Hadiah RM1,000 tak cukup! Isteri kec3wa suami baru dapat bonus hanya hulur sikit, ungkit cerita 9 tahun banyak keluar duit

PEMBERIAN bonus merupakan satu hadiah atau insentif yang pasti ditunggu-tunggu setiap kakitangan.

Turut menerima tempiasnya sudah tentu ahli keluarga dan pasangan masing-masing yang mengharapkan sedikit imbuhan atau habuan daripada wang bonus berkenaan.

Namun bagi seorang wanita, pemberian sebahagian daripada wang bonus suami kepadanya tidak disambut dengan baik.

Suami yang bekerja di sebuah syarikat menerima bonus tahunan. -Gambar hiasan

Ini kerana katanya, jumlah yang diberikan suami adalah terlalu kecil dan tidak sepadan dengan bonus yang diperoleh suami.

“Suami saya kerja syarikat semi kerajaan. Dia baru dapat bonus termasuk gaji semalam.

“Dalam akaun bank dia ada RM13,000. Dia bagi saya RM1,000 sahaja,” katanya.

Menerusi satu luahan di grup Facebook, wanita itu bagaimanapun mempersoalkan sama ada dia bersikap tidak bersyukur dengan pemberian suaminya itu.

Isteri banyak membantu dan memberi sokongan kepada suami dari awal perkahwinan. -Gambar hiasan

Pada masa sama, dia turut tertanya-tanya sama ada suaminya tidak menghargainya sebagai isteri yang selama ini banyak berkorban sejak mereka berkahwin.

“Saya tak bersyukur ke atau dia sebagai suami tak reti hargai saya? Selama ni kahwin sembilan tahun banyak guna duit saya, itu ini tak cukup duit saya kena keluar.

“Tapi apabila dia ada duit, hanya itu je yang dia bagi? Itu pun kawan saya beritahu yang staf ada bonus tau. Saya (respons) ye ker?” jelasnya.

Itu sebahagian daripada rezeki yang dikongsikan. Janji nafkah bulanan ada, cukup makan pakai.

NETIZEN

Bagi mendapatkan kepastian, dia bertanyakan kepada suami mengenai perkara itu dan alangkah terkejutnya apabila jawapan yang diberikan ternyata benar.

Susulan itu, timbul tanda tanya sama ada wang yang diberikan suami kepadanya itu adalah ikhlas bagi menghargainya sebagai isteri atau sebaliknya.

“Dia kata ye memang ada. Kalau saya tak tanya mungkin suami diamkan saja. Dan RM1,000 tu pun bagi bini mungkin sebab terpaksa, kan? Sebab bini dah tahu,” luahnya dengan nada kesal.

Konflik antara suami isteri yang berpunca daripda duit gaji dan bonus. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mempunyai pandangan berbeza berdasarkan luahan wanita itu dengan menyifatkan dia seharusnya lebih bersyukur berbanding berprasangka buruk.

“Alhamdulillah… sis dapat juga, syukur. Fikir positif je la sis. Suami tu banyak nak guna duit. Ada la tu dia nak menyimpan untuk hal-hal akan datang, kecemasan… bersyukur sis.

“Bersyukurlah sis, dapat juga RM1,000. Alhamdulillah rezeki bulan mulia. Jangan asyik nak merungut je, tak baik tau.

“Puan, bersyukurlah dapat RM1,000 tanpa perlu keluar bekerja. Alhamdulillah. Itu sebahagian daripada rezeki yang dikongsikan. Janji nafkah bulanan ada, cukup makan pakai. Takkan nak RM10,000 baru nak puas hati dan tersenyum lebar,” demikian antara komen netizen.

Selain itu, ada juga melihat wang simpanan di dalam akaun bank suami wanita itu tidak sebanyak mana dalam keadaan ekonomi sekarang dan kos sara hidup semakin tinggi.

“Bagi aku kalau dalam bank cuma ada RM13,000 tu sikit. Tapi kalau dapat RM1,000 daripada suami tu aku rasa bersyukur sangat. Banyak nilainya bagi aku,” ujar netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*