Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali berpandangan media sosial bukanlah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah terutamanya hal berkaitan rumah tangga.
Kenyataan tersebut merupakan respon Safee susulan pendedahan bekas isteri, Fitria Elfina Maharip mengenai kemelut rumah tangga di sebuah program podcast, baru-baru ini.
Menurut Safee, bekas isteri sepatutnya menggunakan saluran yang betul agar masalah ini dapat diselesaikan dengan baik.
“Pada saya, media bukan tempat untuk menyelesaikan masalah. Kita ada meja perundangan dan boleh berbincang secara baik di hadapan hakim dan saksi yang lebih baik.
“Saya tak boleh komen panjang mengenai hal itu kerana saya hanya boleh mengawal diri saya sahaja. Saya tak boleh kawal orang luar dan tak mampu nak berbuat apa-apa.
“Apapun, saya doakan agar kita diampunkan segala dosa, dibukakan pintu hidayah, mengumpul segala pahala dan fokus di bulan Ramadan. Kini, saya tenang,” katanya.
Safee yang kini merupakan penyampai radia Era itu berkata sedemikian ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa dan Tayangan Program Raya Astro yang berlangsung di Le Meridian Hotel, Petaling Jaya pada Rabu.
Pada masa sama, bekas pemain Johor Darul Takzim (JDT) ini memaklumkan dia sentiasa terbuka untuk berbincang mengenai hal anak-anak lebih-lebih lagi untuk sambutan Hari Raya tidak lama lagi.
“Proses sulh boleh diadakan pada bila-bila masa. Saya tak lari dan ada sahaja di Lembah Klang.
“Jadi, tak perlulah nak menimbulkan fitnah yang tidak baik. Apa-apa sahaja hal boleh berurusan dengan peguam.
“Saya mengutamakan keselamatan anak-anak dan saya mahu pendidikan mereka terjamin.
“Sebagai bapa kandung dan hakiki, saya bertanggungjawab melindungi anak-anak saya,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Safee enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinan ketiga yang didedahkannya baru-baru ini.
“Hal tersebut merupakan privasi saya. Jadi, saya tak mahu kongsikan kerana isteri saya tidak terlibat dalam hal ini.
“Ketika ini, kita fokuskan dahulu soal hak penjagaan dan kes mahkamah yang sedang berjalan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Safee turut menyifatkan ujian ini merupakan teguran daripada Allah untuk sentiasa mengingatinya.
“Ini adalah ujian buat saya dan setiap ujian itu adalah peringatan dan jentikkan agar kita ingatlah Dia dan bukan bergantung kepada manusia.
“Saya terima ujian ini dan sentiasa berfikiran positif. Ada hikmah disebaliknya dan saya tidak boleh berputus asa.
“Saya akan terus melangkah ke hadapan untuk meneruskan kehidupan,” akhirinya.
Sekadar informasi, Safee bernikah dengan Fitria Elfina yang merupakan warga Indonesia pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Sebelum itu, Safee juga pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada 2007 sebelum berpisah pada 2 April 2012
Menerusi perkahwinan pertama, Safee juga dikurniakan dua orang cahaya mata.
VIDEO
@mediahiburanofficial #MHnews Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali berpandangan media sosial bukanlah jalan terbaik untuk selesai sesuatu masalah, termasuk hal berkaitan rumah tangga. Kenyataan tersebut merupakan responnya kepada pendedahan bekas isteri, Fitria Elfina Maharip susulan kemelut rumah tangga di sebuah program podcast, baru-baru ini. #MHnews #MediaHiburan #FYP
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Media Hiburan
Leave a Reply