[V] Bekas isteri ke kondominium g4gal jumpa 2 anak tapi terserempak Safee Sali bersama bini baharu – “Saya merayu, mereka buat tak tahu”

BEKAS isteri kepada Safee Sali sanggup merayu agar diberi peluang untuk berjumpa dua anak kandungnya yang tidak ditemuinya sejak lebih sebulan lalu.

Fitria Elfina Maharip bertindak sedemikian ketika bersemuka dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan itu dan isteri baharunya di sebuah kondominium demi melepaskan kerinduan terhadap anak-anaknya.

Situasi itu dapat dilihat menerusi rakaman video memaparkan pertelingkahan yang berlaku antara ketiga-tiga individu serta mencetuskan sedikit ketegangan sehingga terpaksa dileraikan oleh beberapa pengawal keselamatan.

“Saya nak jumpa anak. Itu anak-anak I. You tak fikir ke, anak-anak I… please,” suara Fitria Elfina dapat didengar dalam rakaman tersebut.

Bercakap kepada portal hiburan, Fitria Elfina berkata dia datang ke sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada Isnin, dengan harapan dapat bertemu anak-anaknya.

Menurut wanita berusia 44 tahun itu, dia terpaksa berbuat demikian setelah tidak dapat berkomunikasi dengan dua anak kandungnya iaitu Shanika Salsabila Mohd Safee, 9, dan Shania Safina Mohd Safee, 7, sejak awal Februari lalu.

“Sebelum ni saya berbicara dengan dia (Safee) menerusi WhatsApp mengenai keberadaan anak-anak saya tapi tidak dibalas.

“Semalam saya datang untuk jumpa anak-anak selepas mendapat tahu alamat. Saya pergi untuk berbincang kerana niat saya memang nak jumpa anak-anak dengan cara baik,” katanya.

Ketika datang ditemani anak saudara dan rakan, Fitria Elfina bagaimanapun tidak menyangka turut terserempak dengan isteri baharu Safee di kondominium tersebut.

“Hanya mereka berdua secara kebetulan. Pertama kali saya jumpa perempuan tu. Saya cakap dan bincang baik-baik kerana rindu anak-anak.

“Saya juga merayu dengan perempuan tu (isteri baharu Safee) untuk faham situasi saya yang rindukan anak-anak. Dia dah ambil suami saya, tapi beri peluang saya jumpa anak-anak.

“Walaupun dah merayu, tapi mereka buat tak tahu saja,” ujarnya sambil menambah dia kemudian membuat laporan polis susulan pertelingkahan yang berlaku.

Safee Sali.

Sebagai ibu, Fitria Elfina mengakui tidak dapat menahan kesedihannya apabila diperlakukan sebegitu lebih-lebih lagi di hadapan isteri baharu Safee.

“Saya menangis, saya yang melahirkan dan jaga pantang. Itu anak-anak saya juga. Perempuan itu sebagai wanita pun seharusnya ada perasaan.

“Tapi tak beri kerjasama. Memang tak ada hati perut. Takkanlah tak ada perasaan, selama 11 tahun saya dan dia hidup bersama,” jelasnya sambil menegaskan dia tidak memasuki ke unit kediaman Safee.

Tak beri kerjasama. Memang tak ada hati perut.

FITRIA ELFINA MAHARIP

Selain kerinduan yang menebal, Fitria Elfina turut meluahkan rasa bimbang mengenai status persekolahan anak-anaknya dan mendakwa tiada urusan pemindahan sekolah yang dibuat.

“Saya tak tahu status sekolah anak-anak, tapi anak-anak tidak lagi di Puncak Alam, Selangor. Saya harap persekolahan mereka diuruskan dengan baik.

“Saya berharap dia dilembutkan hati dan memberi keizinan kepada saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya sangat rindukan mereka,” katanya.

Fitria Elfina kecewa permintaannya untuk bertemu dengan anak-anak tidak diendahkan.

Sebelum ini, Fitria Elfina mendakwa Safee melarikan dua anak kandung mereka dan dia tidak mengetahui keberadaan mereka sejak 6 Februari lepas.

Mengenai kes penceraiannya, Fitria Elfina berasa lega dengan pengesahan lafaz cerai yang dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Selangor, pada Selasa.

“Alhamdulillah dah rasa lega. Dipermudahkan urusan saya. Saya kena move on.

“Saya hanya sedih mengenangkan anak-anak, saya rindukan mereka. Terlalu lama saya pendam,” katanya.

Pada Selasa, konflik rumah tangga Safee dan Fitria Elfina akhirnya terlerai apabila mereka sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Selangor.

Hakim Syarie, Mohd Fakhrurrazi Mahammad memutuskan demikian dalam prosiding pengesahan lafaz cerai selepas meneliti keterangan kedua-dua pihak.

Foto kenangan… Safee dan Fitria Elfina bersama anak-anak mereka.

Fitria Elfina selaku plaintif berkata, dia menerima dua lafaz cerai menerusi pesanan suara yang dihantar Mohd Safee Mohd Sali, 40, di aplikasi WhatsApp pada 11 Februari lalu.

Sementara itu, Safee memaklumkan, dia dengan niat jelas dan terang hati melafazkan cerai berkenaan sebelum ini.

Jelasnya, lafaz itu dibuat ketika dia berada dalam keadaan tenang dan berfikiran waras tanpa dipengaruhi oleh sesiapa yang memaksa melafazkan talak berkenaan.

Dilaporkan, Safee juga mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita lain.

Bagaimanapun, Safee tidak menyatakan secara terperinci isteri baharu yang dinikahinya pada 26 Januari lalu itu.

VIDEO

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Instagram

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*