Ramai ‘mengg3lupur’ tengok video isteri jadi pelayan di meja makan, dianggap h4mba… Akhirnya suami buka mulut, tepis fitn4h!

KONFLIK antara jantina bagi mendapatkan taraf sosial yang adil dilihat tidak berpenghujung.

Baru-baru ini kecoh di laman X susulan tularnya video pendek memaparkan para isteri berdiri seperti pelayan di sebelah suami masing-masing sementara menunggu mereka selesai menjamu selera.

Lebih menyemarakkan api kemarahan kaum Hawa di alam maya apabila timbul andaian bahawa video itu dirakam ketika waktu berbuka puasa.

Hari keluarga Amy yang sungguh meriah.

“Ini adalah satu adat yang sudah lapuk ditelan zaman. Betul, sebagai isteri solehah harus hormati suami, tapi bukan dengan cara kami diketepikan sebegini.

“Terpaling ‘alpha’ ke semua lelaki tu? Nampak macam dominan la kan, jijik dan saya tak akan pernah sesekali bersetuju. Saya bukan hamba, biarlah saya dilabel isteri derhaka sekalipun,” selar beberapa pelayar yang dipengaruhi emosi.

Melewati ke satu hantaran di platform TikTok, salah satu portal hiburan berjaya menjejaki pemilik asal video itu yang dikenali sebagai Suhaimi Zakaria, 39, atau senang disapa Amy.

Menurut Amy, video itu dirakam ketika penganjuran hari keluarga secara besar-besaran pada awal Januari tahun ini di sebuah inap desa di Durian Tunggal, Melaka.

Video tersebut kemudiannya dimuat naik ke TikTok sekadar suka-suka dan secara mengejut mendapat perhatian warga maya pada minggu lalu.

“Waktu mula-mula saya upload video berkenaan di TikTok sebenarnya tiada masalah pun. Tapi kemudiannya ada pihak yang memuat naik semula video itu ke platform X dan Instagram dengan konteks yang salah.

Seluruh keluarga kami pun akan marah kalau ada konsep lelaki makan dulu

AMY

“Video itu hangat tular pada hari pertama Ramadan dan orang terus beranggapan yang situasi dalam video tu adalah ketika berbuka puasa. Terus dikecam kononnya kami merendahkan martabat wanita.

“Jauh terpesong sangat dah fahaman tu, boleh jatuh fitnah sebenarnya,” ujar Amy yang mempunyai tiga orang anak.

Memberikan penjelasan panjang lebar, Amy berkata hari keluarga yang diadakan pada ketika itu dihadiri lebih daripada 30 orang, namun keluasan rumah inap desa tersebut tidaklah sebesar mana.

Suasana di dalam inap desa yang sedikit padat.

“Tak muat homestay tu untuk kami makan malam beramai-ramai semeja, kami terpaksa bergilir. Kami yang lelaki diberikan laluan untuk makan dulu di meja, kami dah asingkan makanan perempuan siap-siap.

“Ada juga sebahagian daripada ahli keluarga perempuan kami yang pilih untuk makan bersila di atas lantai. Tiada sebarang paksaan pun kerana keadaan tempat yang menyebabkan ia jadi begitu.

“Sebelum ni kalau pergi jalan memang akan makan sekali, tiada yang diasingkan. Seluruh keluarga kami pun akan marah kalau ada konsep lelaki makan dulu,” ujar Amy yang berniaga kain baju di bazar Toppen, Johor Bahru.

Amy seterusnya mengulas lanjut mengenai kapsyen kontroversi pada video itu yang tertulis, ‘dalam rumah ni ada undang-undang’.

Ruang makan eksklusif di inap desa yang bersebelahan kolam renang.

“Saya boleh akui yang video tu merupakan satu bentuk konten juga. Abang saya yang bagi idea, alang-alang kita dah kumpul beramai macam ni, jom kita buat video TikTok.

“Tujuan video tu nak tunjukkan kasih sayang antara isteri dan suami, buat macam isteri tengah sendukkan nasi untuk suami, begitu je niat asalnya. Kalau perhatikan betul-betul, boleh nampak ramai dalam video tu duduk tahan gelak.

“Kapsyen tu pula adalah dialog daripada filem Melayu klasik Tiga Abdul, saya rasa bersesuaian dengan tema keseluruhan video tu. Janganlah fikir lain pula, bukan hasrat saya nak menindas kaum wanita.

“Harapnya dengan penjelasan saya ni rakyat Malaysia boleh berhenti menghentam semberono. Selamat berpuasa kepada semua saya ucapkan,” kata Amy menutup bicara.

VIDEO

@thesiakapkeli

Plot twist, perempuan dah makan dulu 😂 📹 @Samojazz Amy #suami #isteri #makan #fyp #viral #tunggu #tepi

♬ original sound – Siakap Keli – Siakap Keli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*