“Buat Kelakar Ke Apa Ni..” – Abby Abadi Slndir Kenyataan Norman Hakim Dakwa Tak Dapat Hubungi Abby

Pelakon Abby Abadi terlihat menyindir bekas suaminya, Norman Hakim atas kenyataan dikeluarkan baru-baru ini yang mendakwa dia tidak mempunyai akses untuk berhubungan dengannya bagi membincangankan perihal anak gadis mereka, Marissa Dania.

Sindir kenyataan Norman

Berdasarkan hantaran Instagram story, Abby membalas sebuah artikel yang dilaporkan oleh portal hiburan yang mendakwa bekas suaminya itu tidak dapat menghubunginya. Berasa hal tersebut lucu, ibu kepada Marissa ini menyindir dengan berkata dirinya juga tiada akses kerana ada masalah line.

Tak dapat dihubungi? Buat kelakar ke apa ni? Oh lupa bagitahu, line tak ada. Saya dah pindah Mangolia semalam.

Norman mengalah

Sebelum itu, Norman telah tampil dengan kenyataan berkata dirinya memohon maaf atas kesalahan daripada pihaknya terhadap Abby itu. Tambahnya, dia juga akan bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan oleh Marrisa tempoh hari sekiranya hal itu terjadi kerananya.

Okeylah Bok (panggilan Abby). Ampun maaf untuk yang kesekian kali segala kelemahan salah dan silap. Saya ambil tanggungjawab ini andai semuanya khilaf saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Menurut suami kepada Memey Suhaiza ini, dirinya cuba untuk menyelesaikan isu yang membabitkan Marrisa ini namun dia tidak dapat menghubungi Abby untuk berbincang ketika itu.

Terdahulu, Norman telah meninggalkan komen di salah satu hantaran yang dimuat naik Abby, meminta agar Abby berhenti berkongsi tentang hal peribadi keluarga mereka di media sosial.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Beautifulnaara

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*