Pelakon jelita, Hannah Delisha semalam ada berkongsi berita duka apabila dia memaklumkan bahawa dirinya mengalami keguguran anak pertama.
Alami keguguran anak pertama
Hannah berkongsikan hal berkenaan menerusi satu hantaran di aplikasi X pada malam Ahad.
Saya mengalami keguguran anak pertama. Semoga dikurniakan kekuatan buat wanita yang pernah mengalami keguguran di luar sana.
Kesedihan dan pengalaman yang menyakitkan dialami oleh ramai wanita namun jarang dikongsi. Saya harap wanita yang membaca hantaran ini, anda tidak berseorangan.
Hannah walau bagaimanapun tidak bercerita lanjut mengenai usia kandungannya itu serta jantina.
View this post on Instagram
Aktress kelahiran negara seberang tambak itu juga menitipkan doa agar diberi kesembuhan serta kekuatan dalam menempuhi dugaan selain menyimpan harapan agar dapat bertemu anaknya itu di syurga kelak.
Semoga Allah memberi kesembuhan, meringankan kesakitan dan mengisi hati kita dengan ketenangan. InsyaAllah jumpa di syurga nanti sayang.
@_norainibasre_ #artismalaysia #gossip #norainibasre #binafshasweet #norainibasreshop #hannadelisha #artismalaysia #takziah
Sekadar info, Hannah Delisha atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch telah mendirikan rumah tangga bersama Iman Shah pada tahun 2021 dalam sebuah majlis pernikahan yang diraikan sederhana.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Beautifulnaara
Leave a Reply