Pempengaruh media sosial, Ryan Bakery tampil menjelaskan sebutan yang digunakan terhadap anak lelakinya, Ryan Ezra yang menimbulkan tanda tanya orang ramai.
Salah anggap
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Ryan sedang merakam Ezra yang sedang menyusu di atas riba ibunya sambil memandang ke arah bapanya.
Minum je le, tengok-tengok pulak. Duduk dekat mummy tu. Kuat nangis, sama ikut mak kuat nangis.
Bagaimanapun, sebutan ‘je le’ itu telah disalah erti dengan menganggap Ryan menggelarkan anaknya ‘gila’.
Loghat orang Perak
Dalam hantaran lain, Ryan menjelaskan bahawa sebutan yang digunakan itu adalah loghat orang Perak memandangkan dia berasal dari negeri berkenaan.
Dia memang gitu. Orang Perak memang macam tu. Dia ‘minum aje le’ tapi bila dilajukan tu jadi ‘minum je le’ macam tu.
Untuk rekod, Ryan dan isteri, Elya Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ryan Ezra yang kini berusia empat bulan.
VIDEO
@ryanbakery Seorang ayah yang menggalas tanggungjawab besar, bukanlah perkara yang mudah. Nanti Ryan Ezra besar, lihatlah ayahmu nak.
Sumber: Ryan Bakery
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Oh Bulan
Leave a Reply