Diberi Am4ran & Lengkapkan Surat Aku Janji, Pengemis Bawa Proton X70 Dihentikan Bantuan

Mesti ramai yang ingat kes yang pernah tular sebelum ini di mana seorang pengemis dilihat memandu sebuah Proton X70.

Hari ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak lagi menyalurkan elaun Orang Kurang Upaya (OKU) kepada seorang penerima yang didapati mengemis hingga mampu memiliki kereta yang berharga hampir RM 100K itu.

Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata selain elaun RM450 yang dihentikan mulai bulan ini, lelaki itu turut diberi amaran dan melengkapkan surat aku janji untuk tidak mengemis.

“Siasatan mendapati dia bekerja sebagai penyelia syif di sebuah syarikat bas dengan anggaran pendapatan RM2,000 sebulan.

Justeru, beliau tidak boleh lagi menerima bantuan kebajikan daripada JKM (Jabatan kebajikan Masyarakat),” katanya.

Difahamkan, lelaki yang cacat pada kedua-dua tangannya itu dilapor memperoleh pendapatan hingga RM500 dalam tempoh lima jam hasil sumbangan orang ramai di pasar malam sebelum perbuatan itu dibongkar JKM Maran pada Februari lalu.

Dalam pada itu, Datuk Seri Noraini juga berkata Akta Orang-Orang Papa 1977 tidak mempunyai hukuman punitif bagi golongan yang tertakluk di bawah perundangan itu mengeksploitasi kekurangan diri untuk menjana kemewahan.

VIDEO

@utusantvofficial

12 MAC 24: Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata selain elaun sebanyak RM450 dihentikan bermula bulan ini, pihaknya turut memberikan amaran dan meminta lelaki itu melengkapkan surat aku janji sebagai jaminan untuk tidak mengemis lagi. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp #pengemis #tular #maran #jkm

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Sumber: Berita Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Lobak Merah

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*