Seorang jejaka yang bergelar sebagai seorang suami iaitu Syed Muhammad Syah Hasif Othman telah membuat para suami di warganet berasa tergugat selepas dia menjahit sendiri telekung mewah bertatahkan 5,000 batu kristal Swarovski, hasil perbelanjaan sebanyak RM12,000.
Kejutan buat isteri tercinta
@syed.fatin.jaeden.haifa Kalini abam jahit telekung Swarovski istimewa untuk isteri abam yg tersayang , modal bernilai rm 12k bertakhtakan batu kristal Swarovski asli , actually sebenarnya haritu isteri sy ada nmpk sorang founder ni memiliki telekung yang indah2 dan cantik dengan taburan swarovski , dia kata kalo satu hari nanti ada rezeki teringin nk merasa pakai telekung macam tu … tapi isteri sy tak meminta minta pon , masing2 yg follow kami pon sedia maklum kan , yang isteri sy ni bukan jenis suka minta macam2 dan jenis ikut jer cakap suaminya ni … alhamdulillah sy memiliki isteri yang baik macam ni … jadi sy pakat dengan P.A sy untuk plan surprise utk nk bg hadiah telekung Swarovski yang sy jahit sendiri dan hadiahkan pada isteri sy untuk pergi Terawih kat masjid dan alhamdulillah tercapai jugak dan berjaya jugak siap telekung ni , lg pon sy rasa tak membazir sebab kita nak menghadap Allah , dan alhamdulillah Allah beri rezeki lebih pada kami suami isteri sebab kami sama2 urus perniagaan Laksa dan macam2 sepanjang kami bersama , jadi harta yang ada ni , ada hak untuk isteri sy merasa , jadinya sy kene lebih kuat dan rajin lg usaha untuk bagi isteri dan anak2 kami bahagia in sha Allah …. Terima kasih semua yang support kami selama ni sehingga kami dikenali dan disayangi oleh semua , kami syg semua followers kami , salam Ramadhan semua , esok kita Puasa 🥰❤️😘 Temui kami disemua BAZAAR RAMADHAN & RAYA BERIKUT SENARAI : 1. Bazaar Ramadhan PKNS SHAH ALAM 2. Bazaar Ramadhan GM KLANG 3. Bazaar Raya Jalan TAR di Pertama Kompleks 4. Ekspo Mega Raya Lotus Semenyih 6. grand Bazaar Mega Raya D’MK Medan Selera , Manjung Musang King , Manjung Perak 7. Gema Raya Aidilfitri PWTC 8. Bazar ramadan Econsave lukut port dickson 9. Food Festival MUBARAQ RAYA JAKEL MALL KUALA LUMPUR 10. Dan banyak lagi yang akan kami war2kan dan publish
♬ original sound – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa
Kata lelaki terbabit, telekung tersebut dijahit sendiri olehnya daripada awal hinggalah akhir penghasilan telekung itu dan ia memakan masa seminggu saja untuk dia siapkan.
Menurut Syed, kali ini pemberian hadiah sedikit berbeza kerana mahu isteri dapat menggunakan ia dalam jangka masa yang panjang.
Rupanya isteri dah lama teringin..
Difahamkan juga, si isteri sudah lama ‘mengidam’ mahu memakai telekung sedemikian tetapi tidak meminta dan daripada situ Syed terfikir mahu melabur untuk pakaian ibadah buat isteri tercinta.
Soal pemberian hadiah istimewa ini sememangnya tidak tahu oleh isteri kerana Syed mahu menjadikan ia sebagai kejutan.
Dalam pada masa yang sama, dia turut berharap agar isteri menyukai pemberian hadiah telekung mewah itu dan menjadikan ia sebagai kenangan terindah kerana hasil kerja tangan esklusif daripada Syed.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Beautifulnara
Leave a Reply