Baru-baru ini, di laman TikTok usahawan sensasi, Kak KM, dia ada memuat naik video memaparkan luahan kesal terhadap seseorang yang tidak didedahkan identitinya.
Kesabaran makin tipis
Dalam hantaran video tersebut, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli seolah-olah mahu memberitahu seseorang telah menikam belakangnya dengan bercerita buruk serta mengambil wangnya.
Namun begitu, disebabkan sudah menjelang bulan Ramadan, Kak KM memilih untuk bersabar lagi biarpun hatinya sudah tidak dapat tahan untuk berhadapan dengan individu berkenaan.
@lianaroslikakkm kita tak nak gaduh2..
Munafik. Kalau aku buka pekung ni, ada yang bercerai-berai nanti.
Tuju untuk orang serumah?
Di awal video, usahawan itu sempat berkata luahan marah ini bukanlah dituju untuk orang luar tetapi orang terdekat dengannya iaitu ‘orang serumah’.
Dapat dilihat Kak KM kelihatan sungguh kecewa dengan individu terbabit hinggakan dirinya menggigil menahan rasa marah sewaktu menceritakan perbuatan individu itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya siapakah individu yang telah membuat Kak KM berasa marah dan ada juga yang membuat andaian bahawa video itu dituju untuk suaminya.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih hampir 28,000 tanda suka dan sebanyak 800,000 tontonan yang diterima.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : OB
Leave a Reply