“Bukan 3 Jam, Saya Dan Aliff Hanyalah Kawan” – Ruhainies

Memetik laporan media, Ruhainies yang ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz di kondominium tempoh hari kongsikan waktu sebenar yang diambil mereka untuk keluar dari rumah.

Menurut Ruhainies waktu 3 jam yang dihebahkan kepada umum adalah tidak benar termasuk beberapa fakta yang tidak tepat mengenai laporan penangkapan mereka.

30 minit. Bukan tiga jam. Apa yang berlaku bukanlah seperti yang diuar-uarkan dan tak sampai tiga jam pun. “Jadi, apabila benda tidak tepat dikeluarkan, lebih banyak spekulasi dibuat oleh orang ramai.

Selain itu, Ruhainies juga memaklumkan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi apabila tiba waktunya.

Saya akan keluarkan kenyataan rasmi nanti. Saya tak mahu memberikan kenyataan bersifat terburu-buru kerana tidak mahu kenyataan saya ditokok tambah atau dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.


Untuk pengetahuan korang, pelakon wanita ini sudah 10 tahun mengenali Aliff Aziz dan mereka berdua hanya kawan biasa.

Kesimpulannya, Ruhainies perlu mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat bagi menghentikan spekulasi tentang dirinya bersama Aliff sehingga mengundang fitnah.

@thenewsmalaysia1

Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, maklumat yang tersebar mendakwa dia dan Aliff Aziz membiarkan pihak berkuasa menunggu selama tiga jam adalah tidak benar, sebaliknya hanya setengah jam. #thenewsmalaysia #fyp

♬ original sound – The News Malaysia Official – The News Malaysia Official

Kredit: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : OM

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*