Boleh dikatakan agak rare bila melihat budak-budak zaman sekarang ini tak ada smartphone, sebab zaman sekarang nak belajar pun memerlukan peranti tersebut.
Banyak perkara berkenaan perihal pelajaran yang perlu disampaikan menerusi WhatsApp, contoh paling kita boleh nampak adalah masa PKP.
Dalam satu video yang tengah tular ini, seorang pelajar ini boleh dikatakan tergolong dalam kalangan rare ini, dia tidak pernah ada telefon bimbit sendiri sejak dari kecil.
Namun, selepas habis SPM, bapanya memberikan hadiah telefon bimbit kepada gadis yang dikenali sebagai Nasuha ini. Jelas terpancar tagisan kegembiraan adik Nasuha ini apabila melihat hadiah kejutan daripada bapanya yang merupakan telefon bimbit jenis iPhone.
Sambil menangis, Nasuha memeluk bapanya dan menjelaskan bahawa dia sudah menunggu 18 tahun untuk mendapatkan telefon bimbit itu. Difahamkan, kakak dan abang Nasuha juga begitu.
For me yang tak guna telefon smpai spm ni kan selalunya mak ayah ikhlas nak berjayakan anak-anak.
tahniah dik, semoga berjaya dunia akhirat dapat balas jasa mak & ayah ✨ pic.twitter.com/CPdp5jrKBK
— ًِ (@bckupacc99) March 5, 2024
Dalam pada itu, ramai netizen yang memuji cara didikan si bapa ini kerana dianggap begitu ikhlas untuk membuatkan anaknya berjaya selain ada yang turut teruja dan sebak apabila melihat reaksi Nasuha ini.
`Semoga adik Nasuha berjaya dapat melanjutkan pelajaran dan dapat balas budi mak ayah.
Sumber : X
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Lobak Merah
Leave a Reply