Erma Fatima – ‘Aku Percaya Hafiz Tak Berniat Untuk Konten’

Di saat ramai pihak mengkritik tindakan pempengaruh Hafiz Mahamad, berhimpit untuk mencium Hajar Aswad, pelakon dan pengarah Erma Fatima tampil mempertahankan usahawan itu.

Tak usaha memang tak dapat

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Erma menyatakan perbuatan Hafiz itu menunjukkan situasi sebenar yang perlu dihadap sekiranya ingin mencium Hajar Aswad.

Dedah Erma, 55, dia pernah bersesak-sesak demi membantu rakan-rakan lain yang belum berkesempatan mencium Hajar Aswad yang terletak di Kaabah.

Inilah hakikatnya yang harus dilalui kalau kita nak cium Hajar Aswad. Itu kebenarannya. Tak usaha macam itu memang tak akan dapatlah.

Aku percaya dia tak berniat untuk konten kerana aku pun pernah lalui situasi itu. Aku sanggup redah semata-mata nak bagi kawan-kawan yang tak pernah dapat cium Hajar Aswad.

Memang bukan sesuatu yang wajib tetapi nikmatnya bila dapat cium adalah siapa saja yang pergi nak rasa. Cuma tahap kesanggupan untuk redah itu bergantung pada diri masing-masing.

Allah tahu niat

Dalam pada itu, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali memuji Hafiz kerana telah berjaya membantu sahabat lain merasa nikmat mencium Hajar Aswad.

Allah tahu niat dia untuk bagi semua sahabatnya merasa nikmat itu. Mungkin hanya orang yang pernah berada di situ akan faham kenapa dan mengapa.

Walaupun dia seorang influencer, saat dia lakukan itu bukan kerana dia influencer tapi satu perjuangan. Aku pernah buat itu dan aku panggil perjuangan itu gerak gempur.

Its okay Hafiz.. kau berjaya memberi sahabatmu menikmati rasa itu.

Sebelum ini, Hafiz mendedahkan bahawa staf-stafnya teringin untuk mencium batu suci Hajar Aswad. Hafiz dan pekerjanya berdepan dengan cabaran perlu berhimpit dengan jemaah lain yang juga ingin mencium batu suci tersebut.

Pencipta kandungan berusia 31 tahun kemudiannya mengambil keputusan untuk ‘bergelut’ sehinggakan kain ihram yang membaluti badannya tertanggal dan akhirnya mereka berjaya.

Susulan dikecam ramai orang, Hafiz tampil memberi penjelasan dengan menekankan video dimuat naiknya itu bukan ‘content’ yang dibuat untuk mencari perhatian hingga ibadahnya terabai.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*