Dato Seri Vida Akhirnya Beri Respon Isu Premis Salmon Skin Salted Egg Disita Dan Guna Loga Halal Tak Sah

Sebelum ini kami melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak mengambil tindakan sita ke atas sebuah premis memproses produk salmon skin salted egg kerana disyaki menggunakan logo halal tidak sah yang didakwa milik usahawan, Datuk Seri Vida. Biar betul?

VIDEO

@malaysiagazette

‘Salted Egg Salmon Skin’ Laris Dalam Talian Disita, Logo Halal Tak Sah Sebuah premis memproses produk makanan ringan disyaki menggunakan logo halal yang tidak sah di Kawasan Industri Jelapang, Ipoh Perak diserbu pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup semalam. #malaysiagazette #mgflash #saltedeggsalmonskin

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

Terbaru! Menurut laporan Kosmo, Vida akhirnya memberi respon mengenai perkara itu dan terkejut apabila ditanya tentang serbuan KPDN ke atas premis perniagaan seperti yang dilaporkan.

Vida berkata yang dirinya baru saja pulang dari luar negara dan kejadian itu berlaku ketika ketiadaannya.

Saya tak tahu apa-apa. Saya baru bangun tidur dan baru pulang dari oversea (luar negara).

Buat masa sekarang, saya kena ambil tahu apa sebenarnya yang terjadi. Saya kena baca dulu apa laporan media berhubung dakwaan yang awak maklumkan pada saya ini.

Nampaknya Vida langsung tidak tahu mengenai serbuan itu dan dirinya bersedia untuk beri kerjasama jika perlu disoal siasat pihak berkuasa.

Saya sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa untuk disoal siasat. Takkan saya nak lari pula.

Tapi, sekarang saya tak tahu sangat tentang serbuan yang diadakan sebab ketika kejadian, saya tiada di tempat serbuan.

Kredit: Kosmo Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Media

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*