Suami kepada pelakon Nora Danish, Nedim Nazri Aziz mengakui pernah menerima tawaran untuk berpangkat Datuk namun terpaksa menolaknya kerana merasakan dirinya masih belum layak.
Menerusi laman sosial Twitter, Nedim berkongsi pendapatnya tentang isu gelaran Datuk ini menerusi satu ciapan.
“Jadilah macam KJ, relax takde title though he deserves it more than others i know.“I’ve been offered many times but i refused it because i have not done much for my country,” jelas Nedim.
Malah, anak kepada Ahli Parlimen Padang Rengas ini berpendapat seseorang itu perlu mengukur jasa diri masing-masing pada negara sebelum menerima sesuatu“For me i know that diri ini tak layak.
Not even a little bit, ukur la badan kita,” katanya lagi.Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang bersetuju dengan pendapat Nedim tentang isu gelaran Datuk tersebut.
Sementara itu, ada juga wargamaya yang turut mengusik Nedim selayaknya mendapat gelaran Chef.
“Agreed Otherwise orang akan pandang rendah dgn titles ni semua,” komen seorang wargamaya.
“Kali ni kitorang “sokong sedikit” statement lu brother,” kata seorang wargamaya.
“Setuju! Bukan acah-acah statement ampu terus dapat datuk,” ujar seorang wargamaya.“See.. kan bagus. Chill je.
Tak payah gelabah nak Datuk la pingat wilayah apa la,” sokong seorang wargamaya.
“Honestly Im not even impressed by tittles these days. Some do earned it, deserved it. But the ones who felt they have a sense of entitlement bcz of it ruins the honour,” tulis seorang wargamaya lagi.
Pada Isnin, seramai 335 orang penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.Antara penerima tersebut adalah lima menteri, sembilan timbalan menteri, penyanyi Nora Ariffin, Yusry Abdul Halim (KRU) dan penulis lirik Habsah Hasan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Gempak
Leave a Reply