Selepas k0ngsi dilamar teman lelaki, Afifah Nasir kini tunang Syed Hariz

SELEPAS mengumumkan dia dilamar kekasih hati, pelakon Afifah Nasir selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihannya iaitu Syed Hariz pada malam Sabtu.

Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh adiknya iaitu Nazira Nasir di Instagram miliknya pada pagi Ahad yang menyifatkan majlis tersebut sebagai hari yang indah dan penuh cinta.

“Pertunangan kakak saya! Malam yang indah penuh cinta dan tawa,” katanya di ruangan kapsyen.

Manis sedondon Afifah dan juga Hariz di majlis bertunang.

Menerusi video dimuat naik itu memaparkan Afifah mengenakan baju berona putih sambil diserikan dengan bunga yang diselit di telinganya.

Manakala Hariz pula segak mengenakan baju melayu teluk belanga berwarna putih.

Majlis juga dilihat meriah dengan kehadiran suadara mara dan rakan terdekat kedua-dua belah keluarga.

Bagaimanapun, meninjau ke Instagram Afifah, pelakon itu masih belum berkongsi sebarang gambar atau video mengenai majlis berkenaan.

Pada petang Sabtu, Afifah atau Nur Afifah Md Nasir, 31, memberi bayangan dirinya bakal menamatkan zaman bujang dalam tahun ini.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya memperlihatkan dia dilamar oleh kekasih hatinya sambil berlatar belakangkan sebuah pesawat.

Kedua-dua mereka dilihat sedondon mengenakan baju rona biru.

Antara rakan dan saudara mara yang turut hadir ke majlis.

Selain sebentuk cincin jenama mewah, Hariz turut memberi sejambak bunga buat Afifah.

Sebelum ini, kisah cinta Afifah dan Hariz pernah menjadi bualan ramai selepas mereka memakai busana Melayu sama warna ketika menghadiri sebuah majlis keluarga.

Bercakap kepada media ketika itu, Afifah menafikan dia dan Hariz sudah bertunang dan enggan mengulas lanjut tentang hubungan mereka

VIDEO

@ohbulanofficial

Pelakon Afifah Nasir selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan hati yang dikenali sebagai Syed Hariz, pada malam Sabtu. Tahniah 😍 #ohbulan #sembangentertainment #afifahnasir #tunang #syedhariz

♬ L O V E – Michael Bublé

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar & Oh Bulan

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*