SEORANG wanita begitu kecewa dengan sikap suaminya yang dianggap tidak adil dalam mengemudi rumah tangga.
Meluahkan apa yang terbuku di hati dalam grup Facebook Kisah Rumah Tangga, wanita itu pada mulanya bercerita tentang sambutan hari keluarga sebelah suami yang disertai mereka pada saat-saat akhir.
Walaupun mereka sekeluarga sebenarnya tiada bajet untuk menyertai acara itu, suaminya tetap mahu berhimpun bersama keluarga besarnya dan terpaksa mengeluarkan kos bagi perjalanan ke Melaka.
“Mula-mula ingat cuti suami tak diluluskan tapi lepas. Dapatlah cuti, jadinya ikutlah pergi. Dalam keadaan tengah tak ada duit belanja kena isi minyak, tol semua ikut juga pergi.
Seorang isteri rindu untuk berjumpa keluarganya di kampung. -Gambar hiasan.
“Masa dekat sana saya beritahu dia, minggu depan nak balik rumah mak saya sebab ada kenduri adik beradik, semua ada. Dia cakap dah tak boleh cuti. Saya cakap, saya balik dengan anak-anak je la.
“Dia jawab nak balik macam mana duit pun tak ada. Maksud suami duit untuk dia tinggal nak beli makanan semua. Lepas tu dia cakap lagi, dah semua adik beradik lain ada balik jadi tak payah la balik,” wanita itu menceritakan situasi yang perlu dihadapinya di Facebook.
Jawapan diberikan suaminya itu cukup mengecewakan kerana lelaki itu seolah-olah tidak memahami kerinduan isteri terhadap ibu bapa dan adik beradiknya yang lain.
Apatah lagi sudah hampir setengah tahun dia tidak berjumpa dengan dua abangnya yang juga akan berkumpul di rumah ibu di kampung.
“Anak-anak saya pun nak jumpa sepupu mereka. Saya cakap lagi, mak suruh bawa balik barang. Ada barang yang mak nak pinjam. Dia jawab suruhlah datang ambil sendiri.
“Dia tak rasa macam kejam, rasa bersalah ke bila buat macam tu? Macam mati-mati tak bagi saya balik. Saya tanya nak bagi alasan apa dekat mak tak boleh balik, dia cakap pandai la fikir.
Hubungan dengan keluarga kena jaga juga sis. Kalau ditinggal suami, keluarga yang pertama kita cari.
NETIZEN
“Dalam hati saya, nak je jawab ikut famili suami berjalan jauh walaupun tak ada duit boleh je. Ni bila giliran saya nak balik cakap tak ada duit la, apa la,” jelasnya.
Wanita ini bagaimanapun enggan memanjangkan isu dan memutuskan untuk tidak pulang ke rumah ibu bapanya untuk majlis kenduri yang sudah lama dirancang.
Demi menjaga ‘air muka’ pasangannya juga, dia terpaksa mengecewakan banyak pihak termasuklah anak-anak dan keluarganya yang menanti di kampung halaman.
“Rasa macam tak adil sangat. Saya bukan nak suruh minta cuti tambahan. Saya minta izin nak balik dengan anak-anak. Saya beritahu anak-anak, tak dapat balik rumah atok nenek mereka.
Antara komen netizen.
“Dua-dua anak sedih sedangkan tarikh kenduri ni awal-awal lagi saya sudah beritahu suami. Sekarang ni rasa sedih nak bagi alasan macam mana tak tahu dekat mak ayah di kampung. Tak kan terpaksa menipu mak ayah,” ujarnya lagi.
Hantaran tersebut mengundang pelbagai komen netizen yang turut bersimpati dengan nasibnya mendapat suami yang tidak memahami dan tidak mahu bertolak ansur.
“Saya faham luahan puan. Bukan perlu kemewahan. Cukup dengan memahami apa yang buat kita bahagia.
“Jangan diamkan sis. Lama-lama makan hati. Semoga Allah lembutkan hati suami sis.
“Hubungan dengan keluarga kena jaga juga sis. Kalau ditinggal suami, keluarga yang pertama kita cari. Semoga Allah lembutkan hati suami sis,” komen beberapa netizen.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply