“Dan Harini Aku Menangis Berpel0kan Dengan Anakmu Wahai Abang…” – Ali Puteh

Sesudah isu tuntutan saman bernilai RM75K Hidayah terhadap Ali Puteh hampir menemui pengakhirannya, Ali Puteh memuat naik tangkap layar ketika beliau menjadi pemenang di pentas Maharaja Lawak Mega, MLM.

Ali yang mengatakan bahawa pelukan terakhirnya bersama abangnya iaitu Allahyarham Abam Bocey adalah pada tahun 2019 dan selepas 4 tahun berlalu, ini merupakan pelukan pertama dirinya bersama anak kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Syed Uthman Hamzah.

“Allah maha mengetahui segala-galanya perasaan ini, tiada apa yang mampu saya ucapkan hanya bersujud syukur dengan segala ujian ini…” – Ali Puteh

Pelawak tersebut turut mengatakan bahawa ia seperti memeluk abangnya yang dulu dan beliau turut mengungkapkan kata-kata rindu terhadap Allahyarham Abam.

“Serasa seperti memelukmu dulu bang, sesungguhnya aku rindu…Teramat rindu mu Abang…” – Ali Puteh

Lihat posting di bawah:

@aliputeh89

Allah maha mengetahui segala galanya perasaan ini.. Tiada apa yg mampu sy ucapkan hanya bersujud syukur dengan segala ujian ini.. membesar dengan baik wahai syed uthman hamzah.. 4tahun lepas kite berpelukan meraikan kemenangan.. Dan harini ini aku menangis berpelukan dengan anakmu wahai abang.. Segala galanya sudah tertulis dari allah.. Insyaallah hubungan silaturahim anak anak kita tidak sesekali akan terputus.. Insyaallah

♬ original sound – aliputeh – aliputeh

Sumber: Tiktok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Sinetron Malaya

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*