‘Hutang Belum Selesai’ – Adik Hidayah pula tak puas hati… Dakwa Ali Puteh terjah bawa bodyguard

KEMELUT antara pelawak Ali Puteh dan bekas kakak iparnya iaitu Nor Hidayah Hamzah nampaknya masih belum berkesudahan.

Terbaharu Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan meluahkan rasa kecewa apabila usahanya bertemu Hidayah bagi menyelesaikan hutang mahkamah dipertikaikan oleh seorang individu yang dikatakan adik kepada wanita itu.

“Adik Hidayah pula naik story tidak berpuas hati. Sebut saman belum bayar pula. Semalam datang nak bayar tidak mahu,” katanya.

Ali kesal apabila masih ada pihak yang bersuara tentang niat baiknya.

Ali menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Instastory pada Rabu berserta tangkap layar luahan adik kepada Hidayah itu.

Menerusi perkongsian lelaki menggunakan akaun bernama zainuddin_94 itu, dia mendakwa hutang yang sepatutnya dibayar oleh Ali masih belum dijelaskan.

“Apa-apa pun duit belum bayar lagi. Lepas ini pergi jumpa peguam. Kita ada undang-undang, bukan boleh ambil duit sesuka hati,” jelasnya.

Malah kehadiran Ali juga dianggap secara mengejut menyebabkan mereka tidak dapat memberi layanan terbaik sebagai tetamu.

“Datang beritahu dahulu, jangan main terjah dan tunjuk awak tu bagus. Kalau beritahu kita boleh layan macam VVIP, sediakan kopi panas.

“Datang bawa bodyguard, lepas itu acah-acah seperti kami tidak layan. Macam mana nak layan kalau main langgar. Kami bukan kejam sangat, kalau beritahu kami beri layanan VVIP,” tulisnya.

Ali turut meluangkan masa bertemu anak saudaranya, Hamzah.

Pada petang Selasa, Ali berkunjung ke rumah Hidayah bagi menyerahkan hutang sebanyak RM75,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey itu.

Bagaimanapun, seorang wakil keluarga meminta agar wang tersebut diserahkan melalui peguam atau didepositkan ke dalam akaun bank.

Wang itu merupakan tuntutan selepas Ali kalah dalam saman fitnah terhadap Hidayah seperti mana yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Disember 2022.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*