PELAWAK Ali Puteh sedia bertemu dengan bekas kakak iparnya iaitu Hidayah Hamzah untuk menyerahkan wang tunai bagi membayar tuntutan hutang yang dibuat sebelum ini.
Kata Ali atau Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, dia mahu menyelesaikan segala kemelut membabitkan mereka ini secepat mungkin.
“Kalau boleh nak gerak (berjumpa). Saya nak lakukan secepat mungkin. Saya pun dah siap jual semua barang,” katanya.
Ali turut menjual kereta miliknya bagi mengumpul duit.
Ali berkongsi perkara itu dalam temubual bersama rancangan Melodi yang disiarkan pada Ahad.
Adik kepada Allahyarham Abam itu sebelum ini memaklumkan dia sudah berjaya mengutip wang berjumlah RM75,000 hasil jualan barang peribadi termasuk kerta, motosikal serta piala kemenangan dalam program televisyen.
Wang tersebut akan digunakan untuk membayar tuntutan yang dibuat oleh Hidayah selepas Ali kalah saman fitnah yang difailkan wanita itu pada Mei 2020.
Dalam masa sama Ali memberitahu dia tiada niat untuk menagih simpati mana-mana pihak dengan berkongsi kisah terpaksa menjual barang peribadi sebelum ini.
“Saya ambil dari sudut berbeza, ini semua duniawi. Kita usaha kembali sebelum ini. Orang kata saya play victim, tetapi saya bukannya menagih simpati,” ujarnya.
Tambahnya lagi, sebelum ini dia tidak pernah lari membayar hutang sebaliknya sedang berusaha mengumpul duit bagi tujuan berkenaan.
Ali terharu ada yang mahu membeli piala kemenangan dalam program televisyen.
Justeru itu, dia terpaksa mengambil langkah segera menjual beberapa harta miliknya supaya isu yang terjadi dapat diselesaikan segera.
“Saya tak fikir soal untung atau rugi jual barangan ini. Apa yang penting adalah jumlahnya cukup. Selepas ini tiada lagi timbul pergaduhan di sosial media,” jelasnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Mstar
Leave a Reply