‘Bila Masuk Alam Perkahwinan, Kita Tak Ada Pilihan’

Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri memberikan pendapat tentang hubungan ibu mentua dengan menantu.

Cari kebahagiaan sendiri

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pengikut Fazeera meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap ibu mentuanya.

Mak mentua pandang rendah menantu tak kerja, yang lain bekerjaya kononnya.

Fazeera kemudian berpendapat, seorang wanita yang sudah mendirikan rumah tangga perlu menerima keluarga suaminya.

Pada awalnya bila kita masuk je alam perkahwinan, kita tiada pilihan. Keluarga suami kita akan menjadi seperti keluarga kita dan kita akan kerap berjumpa di situ.

Bagaimanapun, Fazeera berkata kebahagiaan seorang isteri terletak pada pada diri mereka sendiri walaupun mempunyai keluarga mentua yang suka membandingkan kerjaya mereka.

Pertama sekali, tepuk dada tanya selera. Tanya diri awak sendiri apakah kebahagiaan awak.

Ada isteri yang bila dia bekerja dan mengejar impiannya, dia akan rasa gembira. Tapi ada isteri, bila duduk rumah dia senyum lebar dan boleh luangkan masa dengan anak-anak.

Kalaulah menjadi suri rumah sepenuh masa yang ada kelebihan untuk bersama anak-anak adalah kebahagiaan awak, then go for it.

Jangan biar orang lain menentukan kebahagiaan awak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan pendapat masing-masing berhubung isu berkenaan dan ada di antara mereka yang turut berdepan dengan situasi yang sama.

Mereka juga turut memuji pandangan yang diberikan Fazeera.

VIDEO:

@fezyranesry

“Mak mertua pandang rendah pada menantu perempuan yang tak kerja” Siapa ada masalah yg hubungan dengan mertua tak best? Sila komen!

♬ original sound – fezyranesry – fezyranesry

Sumber: TikTok Fazeera Nazri

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : OB

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*