Marissa Dania Tenang ‘Show Off’ Diri Sedang Bekerja

 

Sejak kebelakangan ini, nama anak kepada pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania menjadi bualan apabila timbulnya dakwaan mengatakan dirinya sudah bernikah dan menjadi isteri kedua kepada jejaka pilihannya, Ahmad Aslam.

Tenang bekerja

Meskipun terpalit dengan pelbagai dakwaan dan kontroversi panas, Marissa atau nama sebenarnya Marissa Dania Hakim dilihat masih memilih untuk menutup mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
Terbaharu, gadis berusia 19 tahun ini kekal tenang apabila berkongsi gambar point of view (POV) dirinya berdiri berdepan alatan solekan di Instagram (IG) Story.

Menerusi hantaran tersebut, Marissa dipercayai sedang bersiap untuk menjalani sesi penggambaran bagi sebuah jenama yang tidak didedahkan.

Terdahulu, kakak ipar kepada Aslam memaklumkan bahawa adik iparnya itu sudah pun mendirikan rumah tangga dengan Marissa pada 27 Disember lalu di Thailand.

Mereka didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga Marissan dan isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak Norman dan Abby mengenai isu tersebut. Malah, usaha OhBulan! untuk mendapatkan kenyataan dua selebriti itu juga tidak berjaya.

Sumber: Instagram Marissa Dania

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*