Masih belum reda isu kemelut vokalis Noh dan bekas isteri, Mizz Nina membabitkan anak angkat mereka bernama Musa serta ibu kandung kanak-kanak itu, Athira.
Seperti yang semua ketahui, Athira beberapa kali mengeluarkan kenyataan mendakwa bahawa kenyataan dikeluarkan Noh bercanggah dan tidak betul.
Bukan hanya soal itu yang kecoh diperkatakan tetapi Fynn Jamal juga turut menjadi bualan baru-baru ini selepas men!nggalkan komen di Instagram.
Jadi orang tengah untuk adopt Musa
Menerusi temu bual terbaru, Fynn Jamal menceritakan tentang proses Mizz Nina dan Noh mengambil Musa menjadi anak angkat dahulu.
Daripada awal lagi dan ketika Musa masih belum dilahirkan, Fynn menjadi orang tengah dan membantu dua selebriti itu mengikut prosedur termasuklah urusan dokumentasi.
Athira yang ambil Musa, Noh ada bukti
Mengulas lanjut, Fynn turut mendedahkan dan mendakwa bahawa sebenarnya Athira sendiri yang memberitahu dia mengambil Musa dari kediaman Mizz Nina sebelum menyerahkannya kepada Noh.
Bukan Noh yang ambil, Athira yang ambil Musa dan pass kepada Noh. Semua ni ada dalam Whatsapp.
Fynn turut berkata Noh mempunyai bukti-bukti untuk ditunjuk pada mahkamah termasuklah kepada kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini mendakwa bahawa Mizz Nina enggan Musa memanggilnya bapa.
Bila Noh nak tunjuk bukti, tiba-tiba Nina dah tarik balik kes. So macam mana Noh nak present bukti.
Ibu kepada dua anak itu turut akui terkejut dengan kenyataan dikeluarkan Athira sebelum ini kerana ia tidak sama langsung dengan apa yang berlaku sebenarnya.
Tidak menyebelahi sesiapa, hanya mahu yang terbaik untuk Musa
Dalam pada itu, Fynn berkata dia tidak menyebelahi Noh seperti yang diperkatakan orang sebaliknya hanya mahukan yang terbaik buat Musa.
Malah katanya, dia lebih banyak berbual dengan Mizz Nina daripada Noh dan mengakui tidak mahu masuk campur tentang siapa yang akan menjaga Musa.
Sejujurnya, aku taknak masuk campur siapa yang akan jaga Musa. Sekarang concern aku, sebaiknya dua-dua ni (Noh & Nina) beralah untuk Musa.
Fynn juga bersumpah atas nama Allah dia sudah cuba bercakap baik-baik di belakang tabir dan memberi nasihat namun ia tidak berhasil.
Bukan mahu masuk campur tetapi kata Fynn dia lebih marah tentang situasi ini kerana membayangkan Musa selepas apa yang berlaku ini.
Aku marah. Kau takde anak, kau nak anak. Tapi bila Allah bagi kau anak, kenapa kau buat anak kau macam ni? Demi Allah, aku ada fakta, aku ada bukti, aku ada video semua aku ada.
Sementara itu, Fynn berharap apabila Musa sudah besar dia tahu bahawa dirinya dimahukan serta disayangi dan agar hanya perkara indah yang diingatinya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://beautifulnara.com/
Leave a Reply