Semenjak kontroversi berhubung masalah keluarga menjadi perhatian ramai, penyanyi Syada Amzah sering kali dihujani dengan kec4man dan kritikan daripada warganet.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah mendedahkan satu komen berbaur negatif yang ditulis oleh seorang pengguna media sosial.
Hadiah hari jadi
Try hard nyanyi lagu luar dengan harapan viral dan dijemput ke negara tersebut. Lambat lagi dik..
Dalam hantaran yang sama, Syada kemudian menyelar individu tersebut dan berkongsi bahawa dia bakal terbang ke luar negara hasil daripada usahanya merakam semula atau ‘cover’ beberapa buah lagu dalam bahasa asing sebelum ini.
Hadiah hari jadi tahun ini. Baru Januari dah ada tiga negara! Tapi saya dapat tawaran pergi ke negara yang merupakan salah satu bahasanya saya dah ‘cover’. Syukur Alhamdulillah!
Terima kasih haters, tanpa mulut awak yang masin saya tak dapat tawaran ni.
Namun demikian, Syada tetap bersyukur masih ramai peminatnya yang terus setia mendukung dan mendoakan kejayaannya.
“Terima kasih kepada penyokong sebab tak berhenti bagi kata-kata yang baik, doa-doa yang baik. Semoga semua perkara baik berbalik kepada awak dan keluarga. Amin Ya Allah…” – Katanya lagi
Sebelum ini, adik kepada penyanyi Shila Amzah ini seringkali memuat naik video yang menunjukkan dia sedang menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa asing, termasuk bahasa Arab, Tagalog, dan bahasa Sepanyol.
Lihat posting di bawah:
Sumber: IG Syada Amzah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply