“Saya Masih Berdend4m Dekat Dua Orang B*d0h Tu” – Fathia Latiff

 

Pelakon Fathia Latiff meluahkan rasa kecewa apabila namanya digugurkan dari menghadiri sebuah acara jenama fesyen mewah antarabangsa.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Fathia kelihatan sebak dan berang apabila mengenang kembali ketika dirinya tidak dibenarkan ke majlis tersebut.

Fathia kesal

Awak tahu tak betapa sukarnya perkara ini? Ibu saya belikan baju.

Ibu dan kakak saya siapkan saya untuk acara itu.

Saya kelihatan sangat sempurna tetapi tiba-tiba mereka ‘buang’ saya. Jadi ia sangat tak adil.

Dalam pada itu, pelakon drama Ariana Rose ini juga mendakwa punca mengapa dia tidak dapat hadir ke acara tersebut adalah kerana dua orang individu serta pekerja jenama fesyen berkenaan.

Sebab tu saya masih simpan dendam dekat dua orang b*doh tu dan orang-orang yang bekerja di bawah jenama besar tersebut.

@akakcashier

korang pun laaa 😡 , bukan aku nk backup tapi tgklaa kata ii korg ni … camna x panas member tu #masukfyp #foryou #masukberandamuu #masukberandafypシ #xybca #xybcafyp #fathialatif #fathialatiff

♬ original sound – akakcashierrr – akakcashierrr

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menggesa supaya segelintir pengguna media sosial tidak lagi membuli Fathia dengan meninggalkan komen yang boleh mengganggu kesihatan ment4lnya walaupun dia pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini.

Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang Fathia yang bertindak menyindir pasangan selebriti, Zahirah dan Aiman Hakim Ridza menerusi sesi siaran langsung di TikTok.

Fathia dengan berani mengec4m rupa paras Zahirah yang dikatakan seperti pembantu rumah selain mendakwa pernah mendapatkan rawatan kecantikan di Australia.

Walau bagaimanapun, Zahirah dan Aiman dilihat tidak memberikan sebarang respon berhubung isu berkenaan malah meneruskan kerjaya dan kehidupan seperti biasa.

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*