Tular satu video di media sosial mempamerkan sebuah kereta jenis Toyota Altis dirakam menghalang laluan ambulans yang sedang membawa pesakit di Lebuhraya MRR2 di Ampang kira-kira jam 5 petang semalam .
Pemandu kereta tersebut dilihat langsung tidak memandu ke tepi untuk memberi laluan walhal jalan raya lengang serta tidak mempunyai banyak kenderaan.
Meskipun siren sudah dibunyikan dan individu di dalam ambulan juga telah memberikan arahan untuk ketepi menggunakan pembesar suara, namun pemandu terbabit tidak menghiraukan mereka.
Sengaja ke kiri, kanan halang ambulan
Versi full version. Ambulans ke kiri, dia masuk kiri, ambulans ke kanan, dia masuk kanan balik. Aku rasa macam nak sodokkkkkkkkk belakang aje. Nyawa orang dalam ambulans dia buat macam x de nilai. https://t.co/QrwYCqwyYH pic.twitter.com/rLKKycl3NC
— Jabatan Netizen Malaysia 🇲🇾 (@jnmalaysia) January 25, 2024
Bukan itu sahaja, pemandu terbabit seolah-olah melakukan provokasi kerana memandu ke kiri dan ke kanan seperti sengaja tidak mahu memberikan laluan kepada ambulan.
“Harap one day ada ahli keluarga dia dalam ambulan kena macam ni”
Ramai warganet menghentam tindakan pemandu terbabit dan menyifatkannya mementingkan diri dan berharap apa yang dilakukannya itu akan berlaku semula kepadanya suatu hari nanti.
Sesetengah individu berharap agar ada laporan dibuat agar pihak polis boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemandu tersebut kerana menghalang laluan ambulan dengan niat.
Sumber: X
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :https://beautifulnara.com/
Leave a Reply